Tuesday, December 19, 2023

Bercuti di Perlis: Bukit Chabang Mari




As Salam,


Lepas si Aishah bermandi manda kat Gua Kelam kat entri lepas, kita terus gerak pergi Bukit Chabang Mari.

Panaih tak hingat, tapi, baguslah dari hujan kan?

Memang confirm kering baju si Aishah.

Nak pergi tempat ni memang kena tengok maps lah sayang,  kalau nak tengok signboard kecil benorr. Tapi, korang jangan jadi macam aku , memang kuat menyumpah pasal jalan masuk nak pergi sana memang kecil, ala-ala jalan estet gitu hahaha.



Panas, tapi demi gambar ku turutkan, masalahnya bateri phone aku kong. Hareyy betoll.

Awan dah lah tengah cantik macam cloud 9 . 


Jadi, kebanyakkan gambar guna ipad Aishah.


Adalah berapa keping sempat aku capture sebelum phone aku koma.


Masa aku datang tu memang cantik video kat tiktok 🤪

Cuma tak terzahir kat gambar..





Bila sampai je, masa ni tak ramai sangat orang , dalam pukul 1.20 pm. Alhamdulillah, Rezeki.

Kira baru buka juga, waktu operasi tempat ni 1-6petang, Sabtu dan Ahad je. 


Korang kalau nak datang Perlis sila datang sebelum dia popular, nanti harga jadi macam harga Langkawi tak tahu ya.




Kambing tengah kat kaki bukit makan rumput bagai tiada ada hari esok



Kambing dia jinak, tapi aku takutlah kan, kalau dia tanduk aku.  Kang apa-apa jadi susah lah jugak , sis kan belum kahwin🤪 Tiberr



Posing pun boleh tahan kambing-kambing ni.






Macam biasalah, terimalah segala posing tunggang terbalik demi content social media.



Dekat sini, jiwa kanak-kanak akan terserlah , walaupun kau dah menuju ke usia 4 dekad.


Nak ambil gambar dengan kambing tapi takut kena sondol.




Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Nanti akan datang (dekat) masanya, di mana harta yang paling baik bagi seorang Muslim ialah kambing (ternak) yang diikutinya ke puncak bukit dan lembah. Dia berangkat untuk memelihara agamanya dari fitnah (kekacauan dan penindasan)."



Yelah, ada perempuan sewel kacau ketenteraman depa.








Daripada Ummu Hani, Rasulullah s.a.w. bersabda, 

“Peliharalah kambing sesungguhnya padanya ada keberkatan.” – HR Imam Ahmad

Mari Search di Tiktok: Cara bela kambing 🤪



Dengan angin kuat, dengan najis kambing bertaburan.


Kau boleh posing macam duduk kat karpet ya dengan kain gitu


Memang berserah baju kau tak suci lagi tak menyucikan.



Balik tu , menggaru lah kau.




Bukan sahaja bernajis, balik tu kau ada kerja tambahan.


Separuh jalan.


Aku give up. 

Kbai.


2 comments:

  1. Mun, lepas ni meh datang Klang. Kita p Pulau Carey.

    Aishah Jasli ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hh, serious? aku terus g tiktok tengok apa ada kat sanaaa😁

      Delete

terima kasih sudi baca :D