Sunday, December 17, 2023

Bercuti di Perlis : Gua Kelam


As Salam,

Okay, walaupun tak de siapa kisah.

Aku nak buat kenyataan rasmi yang aku akan buat blog hanya untuk syok sendiri  sahaja.

Jadi, aku takkan fikir daripada sudut pandangan pembaca.

Aku akan tulis dan pos je, walaupun hasilnya akan jadi asal boleh je.

Sebenarnya, ini terjadi bila aku selalu ambil masa yang sangat lama untuk menulis entri kat belog ni, dan aku jadi malas dan bertangguh kemudian duduk kat draft je. 

Maka, aku akan rasa tak produktif. 

Pengalaman aku setelah 13 tahun blog ni wujud, aku akan cari kenangan atau nak ingat peristiwa lama kat sini, sebab sebagai seorang pelupa dan belum mampu nak bayar storage cloud, aku refer gambar-gambar lama kat moonamoony.blogspot.com ni lah kan.

Setelah lama sangat aku tak tulis , bila aku nak refer peristiwa penting, tiada. Jadi, sayanglah kannn? 

Oleh itu, ya… penyataan di atas untuk adalah untuk aku daripada aku, supaya tak payah detail sangat, siapkan je rasa best tak best lantak lah dan just click the POST button. 


Aku bawa kereta dari Pontian ke KL rumah kawan aku Aishah, Aishah ialah kawan sekolah rendah aku dan kawan sekampung aku, tapi, last aku jumpa dia tahun lepas ya. Masa tu pun, sebab dia ajak aku gi camping kat Pulau Perhentian, Terengganu.

Nampak tak, kawan sekampung, jumpa setahun sekali, dekat negeri lain. 

Aku naik bas dari Bandar Tasik Selatan ke Kangar malam tu, 

Bas Pancaran Matahari, walaupun bas delay 1 jam, tapi sebab bas best, kerusi besar, ada plug kat seat. So, dimaafkan.

Kenapa tak naik bas terus dari Pontian ke Kangar?

Sebab aku rasa dah tua, tak larat nak duduk dalam bas lama-lama.

Kenapa tak bawa kereta terus ke Perlis?

Sebab aku tak confident lah nak bawa sorang perjalanan panjang tu.

Aku bawa kereta ke KL, pun macam hazab nya bila lah nak sampai, lagi kan sampai ke utara nun, mahu aku sampai Perak je paling jauh pun.

Sampai lebih kurang pukul 6.15am gitu, sembahyang subuh.

Ambil kereta sewa kat situ juga, dan apalagi kita mulakan perjalanan kitaa 

Letss go!

Gua Kelam.

Lepas sarapan, pagi-pagi tu pergi Gua Kelam, sebab tak ramai orang lagi huhu.

Tapi, sebenarnya kalau ikut plan itinenary ialah Pasar Terapung JPS Perlis. Tapi, apesal ek aku tak pergi sana? Terlupa lah tu luls

Kedatangan ke Gua Kelam tu memang aku excited sungguh, sebab aku pernah sekali pergi situ, tapi tutup ya. Tak boleh masuk. Kecewa sungguh.

Jadi, bila kali ni dapat masuk , happy gila. Gua Kelam ini  pada pencinta alam macam aku, tenang dengan keindahan semula jadi, ada air sungai, boleh mandi , boleh jalan-jalan kat taman dia. 

Tapi, enjoy masa orang tak ramailah. Pukul 12 masa aku dah keluar tu, berbas-bas ya budak sekolah lah rombongan mana datang juga.

Masuk dalam tu santai-santai, kalau ramai orang , mungkin jam dalam tu huhu.



Jalan-jalan masuk, kita disambut dengan batman ,
 kita jalan atas titi 370m bawah dia sungai,  



Aishah yang bijak dari sekolah rendah.
Fun Fact: zaman sekolah, aku berangan kalau ada anak perempuan, aku nak namakannya, Aishah. Kalau lah kalau.
Apa boleh buat, Kembar sis Fazura dan Che Ta, dah ambil untk anak depa🤪




Cantik sangat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t,
 Maha Pencipta, ‘arkitek’ paling Agong.



Sebelum, aktiviti terjun tiruk.


Bawah tu sungai




Keluar gua, jumpa taman yang ada orang gelar secret garden.


Aku pergi dengan budak Aishah ni kena paksa bergambar dengan dia, sebab dia suka ambil gambar. 

Aku dah pencen dah perangai suka amik gambar ni. 

Jadi, kena duduk depan kamera pulak.

Maka, terimalah gambar-gambar posing tak nak kalahku.





Setiap sudut boleh bergambar



Daki sikit , untuk tengok view dari atas






Tak cukup pandang depan, 




Pandang belakang pulak


Pandang tepi


Bergambar lah sampai lembam.


Biar kasut berlumpur, tetap kau nak feeling pwincess


Nak panjat lagi atas, tapi gate atas tu kunci.




Layan je lah gambar sampai habis bateri. Kalau zaman kamera filem, orang kata sampai habis kodak.
Yang lahir 80an-awal 90an sempat lah kenal, kamera tu.
Hai Gen Z kita geng kan 😂




Sedar diri sis, zaman dah berlalu.


Ke, baru nak mula ni?

Ambil nafas kejap, lepas panjat tangga.
Maklumlah, kami geng makan , bukan geng senam.



Selain, Aishah yang berbakat dalam photography,

Aku pun nak tunjuk bakat aku, 
dengan hastag #walaupun




#terpaling




#artberat

Lama kat Gua Kelam ni sebab member jenis tak boleh nampak air, dia nak terjun jugak.

Lepas tu blame aku apasal tak cakap kat situ boleh mandi, haha..

Sis, walaupun kita kawan dah lama, tapi kita bukan tahu semua benda tentang dirimu, untuk tahu kau sejenis random ya, nak mandi siap kat sini. Haha.

Kalau ikut aku, memang touch n Go je.

Aishah jenis hargai setiap tempat tu, dia ambil masa untuk bersatu dengan alam tu.

Haha, ya, betul lah tu,  kita takkan kenal seseorang tu, selagi kita tak travel bersama-sama.




Sis koser lah nak terjun kan, pakai skirt lagi. 
Belanja kang.



On the way balik, patah balik jalan nak keluar dari gua. 
Dekat luar ada sungai,  guess what ?
Dia sambung lagi berendam… Haha

Gua Kelam memang best, bayar masuk murah
 RM5 termasuk parking, tempat santai, boleh mandi-manda. Kategori wajib hadir kalau di Perlis.
Jika ada rezeki, nak cuba Gua Kelam 2 yang lebih advance , cumanya harganya ‘advance’ jugaklah😬

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D