Saturday, June 8, 2024

Krisis Pertengahan Umur




As Salam,

Pemergian sahabat serumah aku akibat kanser otak Sekitar 10 tahun lalu, buatkan aku terfikir yang aku akan pergi meninggalkan dunia sekitar umur sekarang ini.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan masa untuk aku.

Walau pun semua orang tahu hakikat akan masa kita di dunia amat singkat , tapi kita tetap lalai, dan bila kita sedar semuanya  sudah terlambat;

kedut mula kelihatan, 

tenaga makin kurang , 

gigi mula goyang, 

mata semakin kabur, 

rambut pula penuh uban.

Alih-alih, malaikat datang memberi salam.


10 tahun lalu , 

aku membayangkan bila sampai usia sekarang, aku sudah penuh ilmu agama, 

ibadatku sempurna, 

solat ku tepat pada waktunya, 

tudungku labuh menutup dada,

pakaian ku longgar tanpa menarik pandangan mata.

10 tahun lalu , berlalu sekelip mata. 

Tiba-tiba, kerisauan pada masa hadapan mengganggu,

Penyesalan pada masa lalu terasa terlalu berat.

Walau beribu quote, tentang hidup pada masa ni, rasa itu tetap datang.

Hanya Iman dan penyerahan pada tuhan dapat mengawal perasaan.


Diusia 35,

Sekuat mana untuk aku elak untuk tidak berfikir, 

Pengharapan aku untuk tawakkal , tapi aku tak dapat elak untuk; 

Menyesal kenapa tak buat pelaburan dari muda, 

Risau keadaan hari tua.

Itu yang kau nampak untuk pelaburan dunia, 

bagaimana pelaburan masa terpejam mata selamanya?

Ketika itu, meraung pun tak guna.


Merasai secebis nikmat syurga di hari jadi tahun 35.


Masa lalu tak dapat dibetulkan, masa depan tetap akan berlaku.

Ya, aku semakin matang. 

Cuma belum cukup.

Banyak yang bermain di fikiran aku, cuma aku tak mampu menzahirkannya dalam bentuk tulisan.


Al Fatihah untuk diri sendiri.

Ila ruhi wajasadi 

Ya Tuhanku untuk jasadku dan jiwaku 

Ya Allah

Jauhkan aku dari segala penyakit perubatan dan 

juga 

Ya Allah 

larang jin dan syaitan mengganggu jasad dan jiwa ini yang memupuk jiwa raga untuk melakukan kejahatan. 

Ya Allah akan sentiasa Berbuat baik dan menerima segala kebaikan dan segala arah di alam semesta ini 

Assalamualaikum diriku 

Terima kasih kerana memaafkan mereka ini 

Terima kasih kerana menerima keadaan dan takdir.

 

Selamat 35 Munirah.



MD: Aku terjumpa draft sempena umur ku 35, ketika post untuk hari jadiku di umur 36. Aku tak tahu kenapa aku tak post tahun lepas. Isinya tak jauh beza. Masa begitu pantas. Sesungguhnya manusia dalam kerugian


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D