Wednesday, February 1, 2012

Kau bukan siapa-siapa

As salam,

Siapa kau?
Bila kau rasa kau sendiri , kau mengadu domba,
Mencari keluarga,
Bila kau rasa kawan-kawan bersama kau, kau lupa
Kau hanyut dengan seronoknya dunia.

Bila kau rasa susah, kau menangis dan bertanya,
kenapa aku, kenapa bukan dia?

Bila kau mahukan sesuatu,
Kau berkata, jika aku dapat itu akan ku berikan segalanya ,

Namun,
bila kau sudah dapat kau ingkar akan janjimu,
Kau hidup dengan nikmat yang sebenarnya ujian untukmu.

Bila , nikmat itu menjadi beban,
Kau mula berfikir, apakah dosaku?
Adakah ini ujian atau balasan?
Dan, baru kau mula kembali kepadaNya.

Kau memang mudah lupa,
Sampai bila kau mahu begini,
Sentiasa tercari-cari,
Padahal , ada jawapan yang pasti.

Kau siapa?

Kau adalah hamba,
Dan ingatlah pada Maha Pencipta,
kerana tiada siapa yang bersamamu selama-lamanya,
Hanya Dia.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, hambaMu yang hina,dan rahmatilah seluruh umat Islam di dunia ini.



Bacaan  -Untuk Kita Pendosa-Langit Ilahi

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D