INSTAGRAM

Friday, July 20, 2012

Telefon Genggam BARU Saya

As salam,

hye uollllsss,
kitew nak beritahu kitew dah beli engponggg baru ,
K fine, memang sungguh  tak sesuwai lah kaw nak tulis, w w w ni



 Okay, tak masuk.

.

Jadi, kita nak cerita pasal hanphone kita yang telah membuat bajet raya kita lari,
Yang membuat akaun maybank aku tinggal tak sampai rm50.
Yang melenyapkan impian aku bergaya dengan handbag baru di  pagi raya (belum terlambat lagikan? :P)
 Ni semua, sebab handphone Cokia kesayangan berkali-kali masuk air. Mesti nak cakap macam tuan dia jugakkan?

Review Sony Xperia Neo L dari Pelanggan yang menggunakannya selama 5 hari

AMARAN: JANGAN HARAP AKU TAU SPESIFIKASI OPERATION SYSTEM DIA KE ANDROID NO BAPER KE, SEBAB AKU LANGSUNG TAK TAHU.

Nak tau Google sendiri.


Kamera

saya suka amik gambar, sebab melalui gambar tu jelah, kita boleh suruh otak kita balik ke momen tu... dan bila tengok sekeping gambar , kita boleh cerita berjela-jela dengan beratus-ratus patah perkataan atau lebih . Maka, boleh jadi karangan bergambar

Ni lah sebab kenapa aku kena beli handphone  baru, sebab kalau tak da ni, memang blog aku akan jadi sejarah jek.

 5 megapixel jerr... Nak beli handphone dengan kamera yang lebih tinggi resolusi nya memang tak ar kan bawah seribu.
Berikut adalah, gambar tanpa edit (cuma letak watermark sahaja) menggunakan Sony Xperia Neo L (perlu lah kan letak nama penuh)












gambar-gambar jarak dekat , okey lah tu, bolen bokeh sikit, tulisan nampak jelas.




Tapi yang best dia boleh edit dengan lebih banyak item dari handphone biase, selalu black and white jek kan , ni dia boleh buat vignetting, ala-ala lomography, and yang best jugak ada Doodle,

So buat  I yang jakun nih, rasa dah besar tuah I ada nih (eh, sejak bila ber ai -ai pulak),







Sebelum .

Selepas'
Guna filter Lomography, dan flip (see the Samsung)




Sebelum.
 muka berkerak.







Fish eye. Saturation. Doodle (tulisan munamuni )




sebelum.





Skrin


Sebab zaman sekarang ni semua di hujung jari, sekarang semua nak swipe-swipe jek..

Maka, Ia agak sensitiflah kan, aku nak taip mesej akan bertambah lama , sebab jari aku yang gemuk ni akan turut menyentuh huruf bersebelahan, maka masa bertambah akibat nak delete , lepas tu sentuh balik, dan tersentuh pulak huruf bawah dia .
Skrin dia, 4.0 inchi.

Bateri

bateri dia paling men downkan aku, rasa nak jual balik, pakai handphone tekan-tekan, dari sentuh-sentuh ni, boleh gak tekan kuat-kuat akibat geram ke hapa, tak charge 3 hari ke seminggu pun boleh hidup.

Ni, alah , tiap-tiap hari kena charge, kalau aku yang baru kenal game Angry Bird nih lagilah, lastik tak kena-kena, lagi lah bateri dia cepat habis.

Faktor utama bateri cepat kong, ialah skrin lebih banyak tenaga kena guna, guna android ke , atau apa-apa application lain.

Okay, baru tahu, sekarang Sony bagi charger macam ni, satu USB cable, satu kepala charger dan bagi kepala car charger jugak , mungkin sebab tahu, bateri cepat habis. Semua tu dihubungkan dengan USB Cable yang satu tuh. Jimat. Pandai.




Design.

First , aku memang sebelum pergi kedai handphone aku memang dah jatuh cinta dengan Sony Xperia U.
Aku lebih suka design yang lebih tajam, dan rata,

Masalahnya, bila sampai, kat kedai handphone tu plak, dia tunjuk pulak Sony Xperia Neo L ni yang katanya baru sampai, tak lama sebelum aku datang.

Xperia U, tak boleh masuk memory card, internal memory cuma 4 GB, Skrin lebih kecil dari Xperia L, tapi, design memang mengoda aku, ada plak lampu bawah dia, yang kalau kita tengok gambar , setiap kali kita swipe tengok gambar lain, lampu dia pun ikut warna gambar tuh. Housing dia memang smart , kesat , sesuai untuk aku yang tak rajin nak lap sentiasa. Dia kata jugak kalau masuk air dalam 3 minit, boleh pakai lagi tak rosak. Hewhewhew. Offer : RM850





urm ... nak.. ; (


 Design L ni melekung , tak tajam dan housing  high gloss, yang menyebabkan finger print kelihatan jelas, selalu kena lap.

tapi, yang buat aku gegaq ,  offer sekali memori card 8 GB, skrin lagi besar,  Offer price :RM880.


Boring.
Terimalah seadanya.

md : kerepek pisang pedas tu harga dia RM12, kalau nak order lah ngan kita.Btw, google tulis  Neo L dia nya  Android 4.0

2 comments:

  1. welcome to da club~!! hehe. ak pun pengguna xperia jgak.. hehe.. tpi ak nyer xperia Ray.. skrin kecik skit.. tpi ak suka kamera dia.. 8 megapixel.. cantik uu.. hahaha.. (nak ber aii ber uu jgak)

    ReplyDelete
  2. Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:

    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.

    Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D