Friday, August 16, 2013

Faktor-faktor yang menggembirakan di hari raya


As salam,

Raya kan, tolonglah jangan sakit jiwa sangat kalau tak excited bila raya, silalah buat-buat gembira. Jangan cari gembira dengan hanya menonton rancangan tv Hari Raya jek... sebab mesti last-last sedih. ni je ke raya aku? Terbongkang depan TV semata-mata?

Walaupun sebenarnya raya aku dari sejak zaman aku cenonet hingga besar tapi comel ni lebih kurang sama, rutin yang sama,  , menu yang sama, pergi tempat yang sama, cuma semakin besar, semakin kurang rumah yang di pergi, akibat orang-orang tua, sudah kembali menghadap ilahi.... Semoga mereka tenang di sana. Amin


Biasanya, kita akan automatik gembira bila dapat jumpa

Makanan di Hari Raya

Konon dah puasa sebulan kan , tengok makanan balas dendamlah. Untuk menambah rasa dalam raya kali ni, aku rasa dah lama aku tak buat kuih raya, dulu time jadi suri rumah aku rajin jugak buat, ni akak aku yang beranak 3 tu pulak semangat nak buat kuih, dah bertahun sejak anak dara aku rasa dia  last baking . Aku sebagai adik yang baik dan  to'at pun membantu melaksanakan impian dia nak buat kuih suji, conrnflakes dengan semperit.





Akak aku kate , jangan amik gambar dia tengah buat, nanti orang tak selera nak makan.. haha, setakat aku bawak gi kilang ni, habis dah orang bedal. Aku tak buat lah semperit ni, nanti akak aku komplen sengetlah , buruklah..



Ni aku buat, si Iman Alif tolong buh chocolate rice tuh. Senang tahap tadika 4 tahun buat biskut chocolate cornflakes ni, gaul cornflakes, chocolate , masuk dalam cup, letak sprinkle, masuk peti sejuk. Siap. Dah lah senang , sedap pulak tu. Pastu boleh pulak bos aku tak nak makan, dia kata tak pernah  jumpa cornflakes  warna chocolate ni. Sesungguhnya, dia adalah manusia yang rugi ... sebab tak nak cuba.







Suji oat, ni akak buat, yang buruk-buruk tak kembang, leper tu aku yang buat.. akak aku time ni tengok anak dia, Iman Haidar dok bangun tidur, nangis.. Pastu akak aku ngan mak aku cam biasalah kritik, pastu aku tak buat dah, kerja bakar jek.... sebab dah habis benda alah beads tu, guna lah chocolate chip kat peti sejuk zaman bila punya tah.






Akak aku punya kemaruk nak buat kuih raya tahun ni, sampai biskut batik pun nak di buat nya. Oh menng, biskut batik? Tapi aku juga yang makannya.




Kuih tart, favorite sepanjang zaman ... aku buat tapi tak memuaskan hati aku, pasai aku rasa aku buat pakai majerin, tak cukup gebu untuk mulut aku.




Biasalah esok nak raya, hari tu dah sibuk-sibuk prepare barang nak masak bagai kan, aku memang tak pernah masak, yang masak sepanjang hidup aku ialah mak aku, menu tiap-tiap tahun ialah sambal goreng  ni memang favorite aku, kari ayam kampung dan daging masak lada dengan daun bawang



Aku jadi chef assistant lah kan, kopek bawang  semua





Tapi , tang bawang merah, aku mintak ampun dari hujung rambut  beruban ke hujung kuku cagu, aku serahkan pada yang pakar, langsung tidak menitiskan air mata.








Yeah, ini dia Puan Mariah, mbah aku ...sebab dia tak pernah nangis kopek atau hiris bawang merah, dia aku kagumi .. kalau aku , hurrmm...





Ketupat, burasak, sate , beli .  Huhu.









 Rumah Mak Long aku kat Bukit Kangkar, menu istimewa mestilah nasi lemak.Tahun ni ada laksa Johor. Nyummmeh


 

Pergi rumah kawan sekolah rendah , Hidayah  nikah raya ke-4, si Aishah ni suruh aku datang, padahal si Dayah tak jemput, jadi aku pergi dengan niat beraya , sebab raya tak payah jemput kan.. bukti betapa tebalnya muka aku.




Ziarah menziarahi dan mengeratkan silaturrahim



Hari raya, kalau tak ziarah, tak beraya bukan hari raya lah kan, time ni lah nak update cerita setahun, tanya, bila nak kahwin, dah ada pasangan belum, bila nak beranak , sekarang belajar kat mana, kerja kat mana, berapa result periksa hari tu, pakai kereta apa dan lain-lain lagi... miahahaha, suka tau aku dengar soalan-soalan macam ni, perbualan adalah sangat best berbanding hanya tengok status dan life update di laman sosial semata-mata.




Lihat ni , sepupu aku bertanya khabar dengan mbah kesayangan kami . Mengadap Yang Dipertua katanya.



Ni sepupu-sepupu aku jugak, yang comel pakai tudung awning, mak long kita, mak bebudak nih. Sepupu yang lain time nih, mana tah tak sampai-sampai, dengan sibuk merewang katanya. Masa ni, mak sedara aku kat Batu Pahat buat kenduri. Makanan haruslah sedap-sedap dan free..huahua




Amacam nampak mesra tak aku ngan mak aku, walaupun selalu gaduh. Padahal lepas amik gambar , mak, nampak kedut kat muka mak nih. Ampunkan anakmu ini , duhai ibuku.


Masa kawan sekolah rendah aku , Dayah ni nikah, aku pun dapat berjumpa dengan rakan-rakan, yang eh, kita macam pernah jumpa lah, dulu kau sekolah mana? Kau kenal tak dia ni? Aku rasa macam kenal kau lah, kau dulu comotkan? haha


Motif sangat pegang tangan kawan sebelah yang aku tak kenal pun, haruslah nampak mesra di dalam gambar.

Ha, awek comel ni pun , Aimi, kawan Matrik Johor, tapi dia blah pergi asasi UM, dia pulak roommate  dengan Dayah ni masa kat KMJ jugak. Aku pun, eh dulu ko KMJ ?  Nampak tak kecilnya dunia ni. Aku pun macam hilang ingatan, mamat sebelah dia tu boyfriend dia ,nasib aku tak try, miahahaha..Photographer Andaq photography, silalah like, nampak tak baiknya aku promote.



Disamping ziarah saudara mara yang masih hidup , tidak  lupa juga kepada yang sudah meninggal dunia, pagi-pagi lepas mak  pak aku balik sembahyang sunat raya, kitaorang pun pi tanah kubur, melawat kubur arwah atuk lelaki dengan  tok perempuan aku.



 


Lepas pergi kubur, pergi beraya, dulu, masa aku kecik aku melawat tok sedara ,  adalah beberapa rumah sampai balik dah flat tak larat dah, tapi semua dah meninggal dunia  ......

Jadi rumah yang tinggal rumah mak long, rumah kakak sulong pak aku. Lepas tu , rumah Pak noi, sedara pak aku. Pastu balik rumah dah.

Tapi, kehilangan orang-orang tua , di gantikan dengan kehadiran generasi baru


Kanak-kanak

Apalah makna raya jika tiada gelak tawa anak-anak kecil yang masyaAllah comel , yelah kadang-kadang jumpa comel lah, dia buat perangai pun comel, kalau dah hadap hari-hari ... ha, AMekaw








Biasalah budak-budak , nak amik gambar payah. Si kamilia buat perangai





 Adam ni umur tak sampai 2 tahun, anak sepupu aku, berat dia dah 16 kilo, haha, kitaorang selalu gelak tengok dia, time ni dia tak mahu amik gambar pepagi.









The Imans ngan pak dia...  Amoi kilang aku, Lulu tengok gambar ni, dia cakap si Kamilia macam lelaki, gangster sikit macam aku. Hoi, aku punyalah feminin macam ni dia kate aku ganas!



Motif sangat si Kamilia buat tangan gitu, layan kan je mak cik korang ni suruh posing, dia suka main kat luar, sebab tu dia hitam, nanti dah besar pakai whitening cream eh..



Sebab biasa tengok orang amik gambar dengan baby jadi macam rasa perlu jugaklah aku amik gambar dengan baby, maka anak buah aku, Iman Haidar jadi mangsa, untuk menyerlahkan sisi keibuan diriku, tapi tak berapa nak berjaya , nampak sangat fake kau nyah..



Apalagi bila balik kampung, dari kecik mesti tak sabar nak jumpa sepupu-sepapat, share cerita, main tah apa-apa, cume generasi sekarang ni jadi sekepala bila share pasal game kat gadget. Time ni aku amik gambar sekejap, pastu diaorang sambung balik ngadap gadget memasing.
 Hoi ,pergilah main kat luar, main lumba lari. haha
 Dunia zaman sekarang, kawan depan mata, dok ngadap benda alah tu. Sila terasa masing-masing.



Kiri : Ahmad okay eh ? (Emak Ahmad memangku anak sedaranya, Adam, dua pupu si Ahmad)
Kanan : Iman haidar kelihatan jeles, apabila mbahnya memangku cucu sedaranya, Hannah , Hannah adalah dua pupu Iman Haidar.




Sebelum kejadian, Iman Haidar dok dengan mak dia, sebelum menerpa ke mbahnya, Hannah air mata dia sentiasa statik dok situ, kesatlah air matamu, sayangku.





Zara Nabilah , posing ' eh kau mampu pindah rumah di hari raya?' di rumah mbahnya. Bertambah lagi keluarga yang menetap di Lorong Haji Tubari.



Durian

Tambahan untuk raya kali ini, adalah kehadiran musim durian, malam raya tu kitaorang sepupu yang minat durian, telah menikmati durian kampung.Pak aku juga  telah menyelitkan, program, ' Mari melawat kebun durian' dalam aktiviti Hari Raya Pertama,


Last aku pergi time kebun ni, time kanak-kanak, aku rasa banyak gila semak. sekarang dah muda belia remaja , lapang je.




kalau aku terapung, gambar hitam putih , mesti mampu memberi efek sedikit seram dalam gambar ini




Sian abang aku, ngidam nak kek coklat kukus, masalahnya, adik kau ni memang niat dah tebai nak buat beli barang semua. Dahlah dok jauh, mujur dapat balik raya kali ni, pastu pakai baju raya yang sama 5 tahun berturut-turut pulak tu. Tapi, badan aku pulak ni tak bergerak ikut niat aku tadi, maklumlah, syaiton dah terlepas. Tengok, menyalahkan pihak syaiton pulak.





Kitaorang datang, tetiba, durian jatuh gedebuk, Pak aku cakap tu namanya rezeki, durian kalau orang datang dia gugur, aku cam takutlah nak amik kan, kang, jatuh durian lain gedebuk atas kepala aku, kang tak pasal-pasal glamour, masuk Metro., 'Wanita comel dihempap durian pada 1 syawal'.
Tapi, pak aku cakap, durian ni pandai, dia tak pernah timpa kepala orang kalau gugur. Yolah , aku pun menurut perintah orang yang dah bertahun pengalaman kerjakan kebun ni kan.




Lihat close up wanita comel   durian tu, semangat kutip durian baru gugur, dengan daun ranting semua bergambar.








Mak aku bangga dengan hasil kutipannya.






Bergambar sakan dengan baju raya

Raya beb, mestilah bergambar, update gambar keluarga, makin kurang ke, makin bertambah ke , atau maintain je kan?




Ni dari kecik aku beraya kat sini, Tangkak rumah Mak ngah aku, ni pepagi raya lagi, budak-budak pun masih terkejut lagi.


Lepas tu masa raya rumah Pak Noi, yang awesome , mestilah bergambar sakan, rumah yang dibina dengan ciri-ciri melayu tradisional.














Kamilia ni aku amik banyak gambar dia , sebab nak suruh dia amik gambar aku. Bukan apa, dah bertahun-tahun pergi raya sini, satu gambar pun aku tak da. Dekat tingkap adabi tu. Nak buat camna sebab tak da orang amik gambar aku, dah terpaksa suruh Kamilia. Sila simpati.



Hasilnya tengoklah , kayu kayan lebih menarik dari aku. Photographed by : Kamilia Iman




Oleh itu, sila set self timer .. amik gambar sendiri. Sila nangis.









Shawl : Indah by By 'u Scarf
Baju Kurung moden : fabric Jakel tailored by Tukang Jahit Sin Sin
Model : wanita comel
Photographed by wanita comel


Sekian, sahaja, faktor-faktor yang menggembirakan raya saya kali ini, harap kita dapat jumpa Ramadhan akan datang.

Minta Maaf sekali lagi zahir dan batin. Harap kita dapat hapuskan musuh-musuh kita di dunia ini. Mampu, hapuskan dengan memaafkan.Okay, nak sambung makan maruku officemate bagi.



Salam.

4 comments:

  1. weh laparrrrrrrrrrrrrrrrrr. hahaha

    kat tempat aku ade sorang makcik tu every year pon die masak kari ayam. kalau jiran selang dua rumah aku every year masak ayam kicap. haha.

    btw aku pernah kene durian gugur betol2 depan muke aku. naseb baik lah aku belakang sikit. pehhhh seriau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, seriously? nasib dah, kalau tak kene gi buat pembedahan plastik... miahaha... setiap family mesti ade lauk wajib ala-ala signature dish kononnya...huhu

      Delete
  2. nsb ada muka ku yg sumelll . wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, patut tak letak sebb bukan budak lg, mak budak dah..huhu

      Delete

terima kasih sudi baca :D