INSTAGRAM

Monday, August 26, 2013

Kisah bengang di hari raya episode 2

As salam,


Ok. .. boleh pulak episod 2. Aku ingat drama satu episod terus habis.

Kisah bengang di hari raya episod 1


Pada pagi Syawal ke-8 yang hening,  aku melalui hari-hariku seperti biasa, bersemangat untuk pergi ke kerja. Sila percaya.

Aku mengeluh sedikit dan berdengus sedikit pasai aku punya kereta kena burger,  oleh Viva sport rim hijau, ngan saga FLX hitam.

Tapi macam biasalah, aku pun dengan kepakaran memandu 2 tahun jagung, meloloskan kereta aku dari apitan kedua-dua kereta nasional terbabit.

Kemudian, kan aku dah kata aku terel,  eh bukan aku pakar, jadi pun reverse, nak keluar lorong, masa nak reverse tu aku cam biasalah tengok calar kat Saga FLX hitam tadi, disyaki dicalarkan dengan sengaja ... .. wallahualam....

Panjangnyaaaaaa....


Sekali aku tengok kereta aku dah sipi-sipi kat tepi longkang, aku reverse lagi sikit,

*PLUP!



Tayar depan aku masuk satu dalam parit.


 Apakah perasaan aku ketika itu?

Aku keluar kereta dan pi lock kereta sempat lagi ko nak lock, macamlah ada orang nak buat apa-apa dekat kereta Kancil sebijak anda ... yang masuk longkang.


Nak buat macam mana ni, nak telefon suami, tak kahwin lagi,  telefon pak aku?! cari pasai namanya.


Aku naik atas kejutkan pemilik viva putih sport rim hijau ngan Saga Hitam FLX, mentang-mentang masuk kerja lambat suka hati jek kan bangun lambat .. bikin jeles.



Dia orang mamai tak gosok gigi tengoklah kejadian berlaku... Kau tengok nasib ada kawan yang nak jugak pi tengok, dah lah pagi-pagi, pastu kejutkan bawak masalah, walaupun diaorang pi ..

dengus jugak kat aku, Apa pun tak boleh!


Diaorang pi henjut kat tayar belakang tu pun tak boleh, nak angkat , kudrat tak cukup.





Pemilik viva putih sport rim hijau, pi mintak tolong kawan lelaki dia, mekanik, nasib diaorang tak gaduh time ni.

Punyalah hero, kawan laki dia ni, datang tak lama kemudian, naik motor, mata merah...

Kalau aku, orang kejut aku tidur, nak settle kan masalah ? ermm... entah lah




Jiran? , keluar, tengok , masuk balik....#meleys ok... ha sape suruh tak kamcing dengan jiran kan jiran tak nak tolong bila kereta accident tepi rumah .

Orang lain lalu tepi tu, auntie ngan uncle chinese lalu tegur, pastu pergi lah.. Yolah pagi-pagi kan orang sibuk, lagi nak tolong naikkan kereta kau, tak kuase lah dia nak melayan kan...



Sekali tengah si Mat, kawan lelaki si pemilik viva putih sport rim Hijau tu nak adjust-adjust, siap telefon kawan dia, bawak tali, kengkonon nak tarik ke hape...

Datang lah warga asing naik motor berdua, dia lalu pastu , berhenti, kitaorang macam ....mmmmmm..... tahulah kan kes-kes pelik macam kat dunia sekarang nih, pastu dia parking motor dia, bagi Salam, si Mat ni suruh lah awek pemilik kereta si putih dan si hitam (malas taip) naik pi mandi... tinggal aku je perempuan..

Boleh , tolong? Pastu dia cakap rumah dia dekat jek...

kat situ. kawan dia ramai, pastu si Mat cakap mintak tolong diaorang angkat boleh tak.

Pastu diaorang adjust letak batu ke angkat sikit ke, hape,

Kereta aku boleh naik...

Alhamdulillah...

Tak, dia orang tak mencurigakan , walaupun dalam hati risau gak lah kan, nampak sangat ikhlas ...

waaaa... nak nangis

Mat ni selamba jek kan cakap ngan 2 orang yang tolong tuh , "oh, malam ni ada makan-makan , jemput lah datang.".

Asbestos betul mat ni.


Korang kena tengok video ni, sebab kena dengar apa yang si Mat ni cakap last-last.  Walaupun tajuk ngan video ntah pape terlabik pulak tuh. Eh, tak payah pun tak pe, dia cakap, " Habislah, kau Munirah"






Terima Kasih manusia berhati baik sekalian, begitu juga dengan Encik Raven Murugesan nih.




source:  instagram Hanis zalikha,. #positivelyMalaysia

Setakat ni, diaorang yang tolong aku ni, tak pernah datang, tak de kejadian buruk . Tengok orang berniat baik, kau berburuk sangka pulak..aku pun tak terserempak ngan diaorang lagi.






Moralnya di dini, setiap manusia , dalam diri masing-masing ada sifat baik tak kira bangsa apa , keturunan apa, tapi bila dah hidup dalam keadaan jahil, orang sekeliling jahil, maka menganggap benda yang tidak elok menjadi halal di mata mereka.

Biasalah tu, beb buang sampah sepah-sepah , biasalah kat bandar nak hidup, kena lah makan rasuah, kenalah bodek, jangan sampai jenayah berat, seperti bunuh pun dah lali.

 Firman Allah SWT:


"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Al Hujurat:13)


selalu amik part yang lelaki dan perempuan, jek kan untuk saling mengenal .

*Ini adalah bunyi rekaan.

md: Harap tak de episod 3




2 comments:

terima kasih sudi baca :D