INSTAGRAM

Monday, August 12, 2013

Kisah bengang hari raya

As salam,

Salam raya ke-5,

Memberi duit raya, adalah amalan ketika hari raya, kalau hari lain di beri nama sedekah.

Tapi aku  pernah dengar, bulan ramadhan lah yang sepatutnya orang bagi duit nih, sebab pahala nya berlipat kali ganda.

Aku tak ingat pulak perkara ni, kalau aku ingat aku bagi duit raya  puasa  time last hari puasa tuh.. huhu

Kalau ikutkan ni tahun kedua lah aku hulur duit raya, itu pun berkira gak, nasib ar siapa dapat , dapat berapa semua tuh ..

Masalahnya sekarang,

Masa pagi 1 syawal tuh, aku pergi rumah mak cik aku, anak sepupu aku tu ada 2 orang budak kecik tahap baby-baby , lagi 4 budak besar kira dah pandai kira duit dah boleh buat add math lah kan,

aku pun hulurlah duit raya kononnya , walaupun mereka sopan-sopan menolak, aku cakap tak pe, buat duit tabung, dengan kondifent tahap adnan sempit .


Pastu aku baliklah  kan, dekat kereta aku baru perasan,



HOMai..

Aku bagi sampul Kosong!!!!


......dan aku pun kena consultant free ngan pak dan abang aku.

Kenapalah aku boleh perasan, kalau aku tak perasan sampai bila-bila kan bagus

Tahun depan punya raya, bila kena pergi raya rumah mak cik aku tuh , kalau malu aku belum hilang dan masih tak cukup kekuatan, aku buat selendang selubung muka aku .






hari senin ni lain macam sikit, aku rasa lebih-lebih lepas raya kan. Kena pulak kerja....blerghhh.. ha tu lah bahananya, time kerja buat benda lagha, kan dah bengang.





Maaf Zahir dan Batin , online dan offline.

2 comments:

terima kasih sudi baca :D