INSTAGRAM

Friday, February 21, 2014

Masa berlari mendekati mati


As salam,


Tahun 2014, aku tak menyangka akan kehilangan orang-orang yang baik dengan aku. Bermula pada tarikh 15 Februari, menerima panggilan telefon , mbah (nenek) saudara ku meninggal akibat sakit jantung.

Kalau ikutkan dia agak aktif, selalu teman mbahku yang sudah uzur, masak, mengemas, dia masih mampu buat.
Sebelum ni, biasalah sakit , pergi hospital, tak pernahlah ada sakit kronik ke apa .

Pernah dia mengadu, sakit ulu hati malam-malam, lalu menghantarnya ke hospital.

2 minggu sebelum dia pergi, dia ada duduk di rumahku, kerana sepupu merangkap jiranku melansungkan perkahwinan. Seperti biasa, kalau ada kenduri mana-mana saudara memang dia memang akan ada, menyumbangkan kudratnya . Suaranya saja sudah memeriahkan suasana.

Antara saat terakhir bersama arwah, dia ada mengajak ku membeli bedak,  ketika itu sudah malam, tapi aku bawakkan dia jugak ke bandar Pontian .


Dia rewang sampai tengah malam, nak bungkus tapai, dia juga masakkan paru untuk lauk pengantin, sampai tak larat dia nak jalan dan  nampak letih.


Sepupu-sepupu dan mak saudaraku bersama Mbah Sam pada 2 Februari 2014.



Dan pagi ini, Jumaat, 21 Februari 2014 aku mendapat berita, kawan serumahku pergi menghadap Yang Esa, Allah S.W.T pada usia 34 tahun, 
 

2 tahun, aku serumah dengan dia, pagi subuh sudah pergi kerja, balik rumah sudah malam. Sejak 2 menjak ni dia asyik sakit, tak larat bangun, demam , sakit kepala. Kami semua ingat demam biasa, cuma risau, sebab dia asyik sakit, takut dia tak makan antibiotik ke apa. Maaf aku sangat jahil tentang sakit-sakit ni, dan sentiasa berfikir cuma sakit biasa.

Kerap dia jumpa doktor , tapi tak sihat juga. Kadang-kadang dia pergi kerja macam biasa.
Pernah juga dia cerita, pitam di tempat kerja, dia ada cakap dia tak makan , cuma minum air jek. Katanya, tak berselera.

Malam-malam terakhir sebelum dia balik Kelantan. Kami ada makan roti bakar bersama di bilikku. Sebelum raya cina, dia cakap dia nak cuti 2 minggu, balik kampung di Kelantan.

Pagi tu sepatutnya, Epy hantar ke Larkin, tapi  Ayu tak larat , sakit.

Tak tahu macam mana dia pergi ke stesen bas.

Naik raya cina, tertunggu-tunggu juga,  lamanya, Ayu ni nak balik. Status di Facebook pun tak diperbaharui.
Selalu kalau balik kampung ada juga dia update status.

Akhirnya, aku pun SMS nya, dek roomate ku Ira, whatapps tak di balas.





Ketika mesej ini, aku masih mengharap keadaan dia tak serius, dan dia akan sembuh dan kembali ke Johor . Duduk bersama dengan kami semula, dan teruskan rutin seperti biasa.


Sehinggalah aku menerima mesej, oleh mak ciknya, pada 17 Februari 2014 , Isnin  11.10 p.m mengatakan Ayu tenat tetapi aku tak perasan sebab sudah tidur, dan pagi esoknya, aku menerima gambar Ayu sedang koma.

Aku menelofon nombornya, dan mak cik Ayu telah menceritakan keadaan Ayu, doktor kata tiada rawatan kerana ketumbuhannya sudah sampai tahap 4, dan telah memaklumkan saudara mara untuk bersedia bila-bila masa.

Aku dan rakan-rakan serumahku, Epy dan Ira buat keputusan untuk cuti dan terus ke Kelantan menaiki Perodua Viva Ira. 

Semoga Allah mudahkan.

Allah telah memberi izin kepada kami pada  Rabu, 19 Februari 2014  kami menatap wajah Ayu buat terakhir kali. Namun, dia terbaring kaku di atas katil.

Mak cik nya memberitahu, dia koma sejak hari Jumaat, maknanya dalam hari yang sama aku mesej dengan Ayu buat kali terakhir.


Antara memori terakhir kami bersama, jogging di Taman Pelangi Indah, juga menjadi sejarah untuk aku, jogging dengan rela buat pertama kali.

Tapi, Ayu cakap dia tak larat, dia cuma jalan jek, lagipun dia tak pakai kasut sukan.


Banyak memori yang pasti tidak akan berulang, 

Saat beli baju raya bersama tahun lepas
Saat ketawa bersama tengok TV.
Saat makan bersama dan salah satunya ketika makan sate Wak Radol pada hari jadinya tahun lepas.
Saat pergi pasar malam.
Saat pergi Giant beli barang keperluan
Saat hantarnya ke klinik
ABC Kampung Melayu dan aiskrim adalah favorite dia.
Suka makan udang, tapi dia allergic, tak boeh makan pedas, dia tak tahan.


Jika aku diberi waktu, ............

Namun aku sedar masa takkan berputar kembali, dia akan terus berlari, 

Adakah kita bersedia menghadapi mati?
Adakah kita sudah cukup bakti pada orang yang kita sayangi?
Apakah cukup amalan kita menghadapi Ilahi?
Aku minta maaf.




 Ayu bersama Ira , 14 januari 2014



Aku bersama Ayu, 14 Januari 2014. Aku tak sangka tidak sampai 40 hari kemudian dia meninggalkan aku buat selama-lamanya.



Kami berempat , ketika perkahwinan Epy , Mac 2013.





Antara gambar yang arwah upload di Facebooknya.
Semoga menjadi ingatan kepada kita yang masih hidup ini.




Ya Allah, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.




3 comments:

  1. Al fatihah...kwn saya satu universiti dan sama course....sedihnya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita doakan semoga almarhumah ditempatkan bersama-sama org yg beriman

      Delete
  2. Al fatihah...kwn saya satu universiti dan sama course....sedihnya.......

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D