Monday, May 12, 2014

Terapi tekanan, pil kegembiraan


As salam,


Menjadi lumrah sebagai seorang manusia, kita melalui masa yang sangat indah dan ada kalanya sangat sukar.
Ini juga seringkali terjadi pada pekerja atau buruh atau kuli, setelah keluar universiti , zaman belajar yang pada ketika , kita melaluinya, tension dengan assignment dan tesis, akhirnya bila kita bekerja..... hmmm ... tak pelah bak sini degree apa aku nak amik nih, aku confirm dapat 4 flat... haha.. ok,sarcasm



Maka,  setelah lebih kurang 4 tahun keluar dari zaman pembelajaran rasmi, tahun ni sekali lagi aku menyambut hari pekerja dan hari itu adalah hari cuti,

Terima kasih. Sebab aku memang perlukannya..

Kerja?

Bye-bye..

untuk satu hari..


Sebab cuti pada seorang pekerja siuman (baca: bukan gila kerja)  macam aku adalah sangat berharga

Maka, aku kena pastikan satu hari tu dapat menenangkan dan dapat menggembirakan manusia murung ini.    
Dia memang ting tong sikit sekejap siuman ,sekejap murung.

Antara aktiviti yang aku tahu dapat memberi ketenangan terhadap emosi seseorang ialah;
Melihat alam semula jadi dan bersama orang-orang yang ada potensi tidak menambah tekanan anda.




Aku memilih untuk bersama makcik yang meniaga barangan hasil hutan nih




Mereka layak diberi award datuk oleh 'raja ninong ' dan masuk siaran RTM 1
Sakan nooo, meniaga tikar bawak plastik Sakan......


laluan licin dan tidak bertar yang dilalui oleh mereka.



Mereka juga perlu memanjat batu untuk sampai ke destinasi, namun mereka kelihatan tenang bila kamera merakamkan gambar.
Tuala memang kena keluar awal-awal, untuk mengesat peluh yang keluar bak sungai yang mengalir.






Mencabar tau bawak bakul panjat gunung, orang lain bawak beg belakang , ngan biskut jek.



Kadang-kadang , mereka melepaskan lelah di tepi sungai , akibat tidak jumpa kawasan yang sesuai untuk dijadikan port berniaga.





Mak cik Zawani menunjukan sehelai daun kering bersaiz ibu jari kaki dinaosur yang dikatakan eksotik.
Ada belog baru tau mak cik nih.




Penat lelah mereka terbalas, dan mak cik Nisak sungguh teruja bila melihat air terjun...



Sebenarnya fashionista dan hijabista mengambil inspirasi mak cik ni  menggayakan hijab mereka.
Tuala dijadikan penghias kepala. letak sahaja tanpa perlu pin.
kalau jatuh , pergi basuh.





sungguh indah dapat merasai nikmat berendam . maklumlah sudah penat berjalan.







Mak cik berdua ni  mengeluarkan barang niaga mereka



telur burung puyuh masak sambal tumis , oleh Cik zawani atau #masterchefzmr



Daging tumbuk @ daging dendeng  oleh cik nisak, dagingnya ditumbuk oleh.. ehem.. yours truly.


 
dan hidangan  yang paling susah kerana teksturnya harus ngam-ngam tidak boleh garing sangat dan terlalu liat, ikan bilis goreng  oleh yours truly.. dan di QC oleh cik nisak.





Cheese kut Oreo oleh kami bertiga dan didirect oleh Yours truly..

nampak banyak yours truly tu disebut, macam banyak jek dia buat kerja kan.. bahaha.








Inilah setting picnic yang kita mahukan... tanpa alas... who needs tikar sakan here..
Nasi lemak kata si yours truly tu nak masak, tapi cik Nisak yang direct.. haha, hampeh betul yours truly.




Sebenarnya cik berdua nih, tengah cuak, ade satu brother ni baru cakap hati-hati dengan lintah, sebab dia  banyak kena, lepastu mereka terus mengalami kemurungan. Sudahlah, sebelum tu satu geng muslimah ni cakap diaorang jumpa anak biawak kat port kitaorang nih.
Tak pelah kita batalkan saja plan kita nak mendaki gunung ..huhu

Kami blah sebab port kami kena ceroboh oleh orang asing. Tekanan?





Terapi tekanan seterusnya dan yang paling utama ialah berdoa, ujian seharusnya mendekatkan kita kepada pencipta yang satu, kita harus audit diri , apa yang selama ini kita lakukan , adakah membantu dalam menegakkan agama, atau hanya kepentingan diri semata-mata.. .gitu ha.. . Eh, ni dah sembahyang belum?...



Lihatlah kami serba kekurangan , mendaki gunung dengan selipar jamban.
Sampai putus selipar.



Tak boleh tahan lah tengok gambar mak cik berdua nih.

haha, okay, ampun... kalau lah waktu kejadian, aku gelak, mesti aku kena tinggal kat tepi hutan .. kene gigit dengan lintah,... 



okay, dipersembahkan setting picnic kitaorang..




 ni over lah kan english style makan biskut raya dengan air teh o jek pun... gaya harus lebih....



 closer to this , minus the alcoholic drink and wine glass there. haha, terus nak speaking.. apa tuh macam buah naga tapi warna hijau lumut tuh?




Inilah yang sebenarnya,  anak siapa yang senonoh sangat kupas (memang sengaja skema) mangga buang kat situ.




Ya , Ikin . kau punya resipi drumet dan hot dog ,roti dan keropok perisa kari, dan  sos cili sedap sangat.



Ikin melahirkan rasa terujanya, sejak dari zaman sekolah menengah mengidamkan daging tumbok Nisak, pada 1 Mei 2014 , umur menginjak 26 tahun , baru dapat rasa, itupun campur air tangan aku yang buat dia hangit...hihiks.



 
Cikgu Ikin amik gambar ni. no filter.



Ikin ni memang pencinta alam semula jadi , suka tanam pokok bunga, suka amik gambar pokok-pokok sebab tu dia sentiasa tenang je.


Terapi tekanan yang bagus juga ya, 
melainkan pokok tu mati.





kesian dia datang jauh-jauh dapat air paras buku lali jek



Malam sebelum 1 mei 2014:

Bersengkang mata menyediakan makanan untuk esok, kami bermalam di rumah Nisak..
Terapi tekanan :memasak, pastikan menjadi dan sedap ya makanan tu, kalau tidak anda tidak tak lena tidur dan perlu alter sampai 2 pagi..



 inilah telur dinasour yang telah melalui evolusi, lalu direbus untuk masak sambal tumis.
Ayah Nisak puji orang tuu ..
Yang masak telur tuuu...
Dia kata macam biasa masak...
Siap tanya dah ada 'kawannya' belum ..
huhu




Nampak tak ??
bukti, aku tumbuk daging.
 Anda terkezut?  haruslah dagingnya ditumbuk didalam lesung batu..
Gambar sopan harus diupload, gambar tak senonoh harus dibuang untuk tidak menjatuhkan saham sendiri..

Aktiviti ini jugak ialah terapi tekanan,

kalau anda sakit hati dengan seseorang, eloklah anda menumbuk daging sekuat hati (sampai bapak nisak tegur, nanti lumat dagingnya)  dan memasaknya lalu makan dengan rakusnya .. dari anda mengumpat orang itu, kerana anda telah dapat hukuman dosa memakan daging sesama saudara, sudahlah tu, tak kenyang pulakk...amboi cakap dengan sendiri ke?





Proses membuat cheese kut Oreo. Asalnya nak buat kek cheese lapis coklat macam Seseng, tapi bila orang tak penyabar  tengok resepi ,  terus semangat tinggi melangit  jatuh ke teras bumi.  maka , kita buatlah cheese kut yang senang ya ampun, dan confirm jadi.

Yang ramas oreo tu kalau agak-agak lepas korek hidung , garu ass ke , dinasihatkan pergilah basuh tangan dulu, untuk elakkan rasa tambahan di dalam cheese kut anda.

Biskut tu ada orang tu rendam sampai lunyai, kembang tekak ha , nengoknya.





Daging dendeng atau Nisak panggil daging tumbok.
Daging yang direbus, di potong dan ditumbok guna lesung batu,
Lepas ditumbuk dan digaul kicap masin,
digoreng sebentar.
Kemudian bawang putih dan merah dimasak dengan minyak yang banyak
sampai garing dan naik bau , 
masukkan lada kisar sampai masak dan seterusnya halia.
 Kemudian, baru masukkan daging diperisakan dengan gula.


Kuali tu memang kena pakai yang legend macam tu, kalau guna kuali tefal terus tukar jadi rasa stew ...
Ok, part tu tipu.
Masa masak ni, rasa tawar dan pahit. Nisak cakap, kurang minyak, dan bawang tu tak berapa masak , 
Tak dapat bau bawang, dan lada tu pun tak berapa masak, tapi dia hangus.


Betul tak masta Nisak ? Bukak kelas please ....
Dah Nisak kene alter balik , maaf cikgu, saya budak baru belajar.


Amek gambar lesung, mak Nisak cakap, rumah kau tak de lesung batu ni eh?

Malu ittew taw, ampun mak, anak mu ni telah sedikit memberi malu kepada mak.. Oh, selamat hari ibu emak (bajet emak aku bacalah kan belog nih)



Mengakui hakikat, langit tak selalu cerah, membuat kita muhasabah diri.

Ambiklah masa tenangkan fikiran,
Mengadu pada tuhan



credit instagram @umminazeera


 

Eratkan persaudaraan bersama insan tersayang
 sambil itu nikmati alam serta makanan.





Amboi, erat betui nih...
huhu.


Tiba-tiba je  kan, gambar orang kahwin,
Sebenarnya nak ucap selamat pengantin baru kepada Puan Safira.Semoga berbahagia ke Firdaus.

Dia adalah seorang pembaca belog saya yang sangat-sangat manis dalam memberi komen. 
Masha Allah.
Saya percaya (memang suka tukar-tukar ganti nama)  kebanyakan penulis belog lebih semangat dan gembira bila hasil tulisan mereka diberi komen yang positif.

Dia ada jemput saya ke kenduri kahwinnya, tapi amboi di pantai timur sana, kenduri kahwin sini pun tak dapat saya nak pergi, almaklumlah pekerja berdedikasi.


Berkata baik dan menulis perkara yang baik, membuat orang bahagia, secara tidak langsung akan memberi kegembiraan untuk diri sendiri.




Senang kan nak bagi orang gembira?

kalau tak tenang atau panas hati jugak


 probably, you need a shower.