Tuesday, June 24, 2014

Tunang orang

As salam,



kalau ikut turutan upacara yang perlu dilalui sebelum menjadi  suami isteri, ikut adat melayu

Perghhhh ... sakit palo , bak ang

Pi hantar merisik dulu

Pastu Tunang

Dah tunang,

Kang ada yang nak bersiram 

berinai (curi, kecil, besar)

Pastu Nikah

Dah walimah

Pastu bertandang


Okay, maka setiap orang kena ada bakat event management yekk

Kalau tak, ang pi bayaq kat wedding planner, buh duit, diaorg pi settle

awat cakap utagha la ni ?

Ni semua pengaruh operator comel cakap kedah ..Kbye


Ok, tak jadi  bye.. mari dekat mari dekat




Oklah, kalau tak mau tunang atau dah tahap wajib kahwin sungguh-sungguh , kalau tak kahwin cepat , memang tak tahan aihhh

toksah tunang pi nikah teruih

 Tapi, nanti biasalah jiran-jiran , mak cik-mak cik kata apa pulak..

" Aih, tiba-tiba ja nak kawin teruih, napa dah ada isi ka?"  memang nak mintak perang saudara.


Tapi bila nak bertunang ni lecehlah sikit , sebab nak buat majlis, kalau nak buat kecik , sarung cincin jek, pastu makan kuih raya , pastu balik tak pe.



 
 Orang rajin  dan rela bersengkang mata memang depa buat semua sendiri.



Kang, nak fikir nak bagi makan apa, nak kena bajet tetamu, nak solek, nak pakai baju apa, nak mini pelamin, hantaran,  nak goodies , nak senyum dengan ayu.. nak control sopan dengan saudara-saudara.




kang telekung nak bentuk apa, sejadah pulak, sirih jungjung untuk belah lelaki kena tinggi.. . 
kalau kreatif tak pa cam depa nih , ni nak upah orang buat pulak aishh...








Nak masak lauk apa, nak kena tempah ke nak masak sendiri ke, keluarga belah sana tu taste mat salleh ke  , ke geng jawa, geng bojan  (ko ingat bojan hodak ke? ) boyan lah gile, 
suka makan sambal belacan ke, sambal totok ke, sambal kicap ke, cabai melaka ke, budu ke, cencaluk ke, sambal kacang ke, sambal tempoyak ke, dah tu nak kena senaraikan segala jenis sambal ke camne ?


 

Dessert nak kena ada candybooth ke , nak kuih omputih ke kuih tradisional.

Tak payah nak poyo sangat, sebab ada mok cik-mok cik malaih makan nasi , makan kuih ja.
Siapa yang cakap nak jaga diet , tak makan nasi tapi makan kuih sedulang, meh sini nak  babap meh.


 


seri muka , bagi menambah seri  lemak muka



Ni nak  habaq lah pasaipa kena tunang ;



Bagi tanda , si gadis  sudah dibooking

 


Maka jangan mengganggu tunang orang, si tunangan orang ni pulak jangan buat pasai  sudah ada komitmen.Kira confirm ni nak kahwin.



Majlis pertunangan membolehkan kedua  belah keluarga berkenalan






bagi tahu sekali berapa duit hantaran





Tunang asalnya, supaya bakal pengantin dapat berkenalan (tapi ang jangan dok tibai pi halalkan apa yang haromm)




 kenal budi pekertinya, nak hidup lama kot ngan orang tu...








Tengok tangan dia , putih ka , sama tak dengan gambar selfie, kang tengok muka, tak tengok tangan , 

"Eeeee macam dayang senandung..muka je putih tangan hitam"

bertambah lagi promo free terlajak laris





Nak tempel bulu mata pulok





Ya, dulu kadet remaja, legam, serkop ke depan, itu memang style , aku tahu, cuma dah menginjak belia ni, berubah kepada Puteri Islam. alhamdulillah...hihi.. cuma tak sempat nak cuba produk peninggi tuh..








kalau ada keluarga belah sana kenan kat pokok , mintak biji benih ka, pasu ka, 
bagi lah untuk eratkan silaturrahim.





Kira bila keluarga belah sana balik, dah settle kan... yeayyy




 
sebab time nilah nak bedal makanan  hantaran.
 Idoklah nak sangat , tapi kenan gaklah, kat cekelat ataih tu...






Time tu jugak baru tuan rumah dan tema-team nya tunjuk muka  pasai nak  makan hihiks...





Lepas tu buat signs tu jangan dok untuk depa yang tunang ja, sebab kawan-kawan dia yang nak ambil gambar lebih...

sediakanlah lebih ni 2 keping ja tuk kawan-kawan dah kawan tu kena pegang I'm single walaupun dah kahwin, sebab kawan lagi satu nak feeling gorgeous jugekkkk.




Amboi dah  tunang  macam menang world cup gamaknya.





 'Aku ada, Kau ada?



Sebab, tak da, aku kena jugak masuk frame





sebab macam terkena pulak warnanya.





banyak lah gambar kita




 tanpa sengaja, padahal  ni jelah orangnya yang nak bergambo.





Kesimpulannya, betunanglah.. haha..

Sungguh Bahasa Melayu kau , A beli.

Selamat betunang untuk kawan sebilik ku Nur Zahirah, dari orang asing, kini jadi kawan. Semoga bertambah kasih sayang dan insyaAllah walimah akan datang,  berjalan dengan lancar.



 


 Ye dah tahu, tunang orang , jaga diri baik-baik ,sentiasa perbaiki diri,  sila gelabah tuk kenduri kahwin





OOTD Ira :
dress : beli kat Pasar Borong SMART, Johor
Tudung : Bawal beli kat pasar malam Desa Jaya RM8 kot.
Veil : mak andam


Ittew  punya dress detail kat sini.
Tudung : Bawal Kangaroo RM5 
Nak juga kkk


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D