Wednesday, March 25, 2020

Bilakah berakhirnya si C****-19 ?

As Salam,

Masih membongkang ke tu?
Dah berapa hari lock down?
Aku pun aku malas nak fikir.
Malas nak Google, malas semuanya.
Okay, wabak malas kau sejak azali bukan sebab si C****-19 nih


Betapa teruk nya impak wabak ini pada aku, bukan pada pesakit jaaa.
Impak dia terhadap seluruh  penduduk bumi,
Yang berkongsi satu udara dengan kau,
Berbumbungkan langit yang sama.


Aktiviti berkurung di rumah, sebenarnya banyak termasuk apa yang aku plan sebagai target 2020.
Bahagian target untuk Financial aku dah angkat bendera putih sejak Februari tak tercapai disebabkan masalah yang aku tak tahu nak cerita ke tak. Hmmm
Tapi, target bahagian Faith, kau biarkan ia sepi di hujung sana.


This is the time.

Kun Fa ya Kun.
We plan and too focus on dunya, and we left what we should  prioritize.

Sebelum ni, berapa kali je aku pegang Quran, so, this movement control order (MCO) really make  to do what I  have promised.
I am totally not take this Faith section seriously, what I have been thinking is always  about Financial and loan thingy  even though there are 6 months postpone on car loans (I still thinking about it even until now :( )

22 Mac: Cerita sedih sikit.
Nak pergi kedai, sebab utama nak beli susu segar untuk join netizen buat coffee dalgona.
Tapi, sampai kedai lupa. Sampai kedai, beli fruit cocktail, maggi dan ikan mak aku suruh.


Semua yang pergi kedai adalah orang lelaki atau ketua keluarga lah kan dan aku sorang je,perempuan.
Sudah lah seorang perempuan, satu-satu nya tak pakai mask.
It is funny sometimes, before this  people with mask, is weird when appeared in public, but now, when people not wearing mask he/she now become an alien to the public.




Nervous sikit nak keluar.
 Yelahkan, nak tengok ketua keluarga mana yang elok, 
malangnya semua berniqabbb.. 
#jangankecamhaha

23 Mac : Aku dah rasa macam-macam ni. Kerajaan Singapura mengadakan sekatan keluar masuk termasuklah work permit, sampai bila tak tahu, khabar angin banyak, ada kata sampai 30 June. Mampuih.Com

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP maksimum RM500 setiap bulan selama 12 bulan.
Dalam satu berita agak lega, satu petanda tak baik muncul untuk masa depan.

Aku terpaksa mengambil langkah untuk berhenti menyewa bilik aku dekat Sri Stulang, Johor Bahru sampai bulan ni je. Kalau kena kuarantin lebih lama, memang tak lah weiiii, mananya nak bayar sewa bagai.

Gaji yilekk.

Aku pun amik keputusan ambil barang-barang semua. Satu nikmat pula,untuk memandu dari Pontian-JB dalam temoh berkurung ni, sebelum ni haramlah aku suka nak memandu dan keluar rumah. Tulah, dasar manusia, baru tahu nikmat kebebasan yang selama ni kau abaikan.
Sebelum pergi ambil barang aku singgah Unit Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah.
Dekat Facebook, bukan akaun Bank pun tenat, Bank darah pun stok sakit .
Hospital Pontian tak buka untuk derma darah sejak perintah kawalan pergerakan ni.
So, jangan kecam hakak ya, sebab keluar rumah.



Ada sekatan pulak kat Danga Bay banyak gila kereta. Jam..
Dekat-dekat turn aku, polis bagi jalan je..

Fuhhhh...Lap peluh...

By the way, kalau dia tahan aku pun, kalau kita cakap derma darah dia bagi lepas.
Tapi, jangan tipu okay. Ingat ni pesan hakak.




Darah A dikhabarkan mempunyai ketahanan terhadap C****-19 paling rendah berbanding darah O.
Tapi, benonye tiada yang kebal pun.


Dapat makan biskut, sementara tunggu turn. 
Pamphlet ni dicetak sebelum virus ni bertukar nama sebab dia degil sangat sampai kena tukar nama.
Aku bukan tak nak sebut nama dia.
Tapi, korang pernah dengar tak kalau kita sebut nama, dia akan datang. 
Contoh; kalau ada orang panggil atau sebut nama korang, mesti korang toleh dan tengok, dan datang kat orang yang panggil nama korang tu kan. 

Sebab tu jugak, orang suruh jaga mulut, kalau rasa ada atau nampak 'sesuatu'. 
Jangan tegur, nanti dia datang. 

Kira boleh pakai tak dalam isu virus C****-19 ni, kita dok sebut dia hari-hari, macam dok seru-seru dia pulak datang, makin menggila pulak dia menaikkan graf kes. 

Maka, marilah kita dok sebut yang baik-baik sahaja tasbih, tahmid, selamat, sebab kita kan nak Allah dan Nabi Muhammad datang tolong kita nanti. 

huhu


Ini goodies daripada Unit Pendermaan Darah HSAJB
Every two seconds someone needs blood




Ni roadblock dekat simpang nak masuk Pekan Nenas, dari Johor Bahru... 

Berdegup jantung ku bila kau didepanku.
Hai Pak Polisi  dan Mat tiarap ..hehe

Aku pun cakap,
 "Dari Hospital."

"Ada apa?"

"Derma darah."

Pastu diaorang gelak dan bagi lepas..

Okay, aku nak bagi warning kat hangpa semua, 2 gambar selepas ini memang jijik ya.
Kalau tak nak loya, membazir segala makanan yang korang mentekedarah tadi. 
Sila hentikan pembacaan anda di sini.






Ha kan, aku dah kata.. helok ketidak muka Iols? Haha

24 Mac: Sebab muka aku pun dah berkerak  duduk rumah, sebab walaupun banyak masa, tak kuasa aku nak belek muka. Mood tak dak hang tau dak?   Baru ni ha dok servis muka sendiri, boh lah mask Mary Kay, beli kat kawan cek, Seseng. Aku masih menanti berita yang memberi sinar harapan.



25 Mac: Sekarang, aku dah tak fikir apa dah. Perdana Menteri umumkan Perintah Kawalan Berkurung tambah lagi 2 minggu ke 14 April 2020, menjadi kan tempoh PKP ni jadi sebulan.

Weiiiiiiiiii, this so saddddzZzz.....


Aktiviti dok rumah selain membongkang.
Mana lagi aku nak buru, nak buat cicak celup tepung. 

Semoga kewarasan masih bersama kita semua hingga ke penghujungnya.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D