Sunday, May 16, 2021

Cerita Raya Covid 2021



As Salam,

Tengah melingkar ke tu?
Ha, apolah nasib raya pkp, nasiblah ada media sosial bagi mensia-siakan masa kau .. huhu. 

Setelah penat mengeLike semua gambar raya kat socmed, aku pun terdampar kat katil😂

Biasalah esok nak raya, mak aku dengan akak aku sibuk kat dapur. Aku?  Menyibuk je lah.


Bahan-bahan semua mak aku sediakan. Hal di dapur bukan kepakaran aku. #bukanmalas


Tapi, hat basuh pinggan mangkuk, periuk belanga tak boleh lari ya.

 
 Sinsing lengan.

Hadap. 


Sebab Acu kau ni tak berapa nak rajin, nasiblah anak menakan aku Kamilia Iman tolong basuh simen, beranda semua.  



Si Iman Alif pun dah besar , bujang tolong pasangkan jam. Penting ya ambil gambar , sebab Acu yang beli jam tu. Cakap pasal anak sedara yang dah besar, pasal jam, Acu kau ni sebak tiba-tiba, Acu kau ni dah tak larat nak kira uban dah.


Air Katira Abu Bakar sponsored by abang ipar aku. Dia jual kat bazar Pontian.

 Akak, kenapa potong atas pinggan, tak cukup aesthetic... Cehhh


“Kenapa mak pakai alas meja bunga-bunga, Tenggelam gambar makanan.” 
 Cehhh satu kali lagi🤪


Pagi raya, fasa budak  tunjuk sign nak ambil gambar.


Makanan yang relevan dalam tempoh malam raya hingga pagi raya sahaja.




Ya, inilah sebab aku nak sangat balik kampung tahun ni untuk beraya. Ya, demi sambal goreng jawa mak aku.

 

Sehening pagi Syawal, aku mandi pukul 5 pagi, siapkan mbah aku, semata-mata nak ambil gambar nampak matahari dhuha. Kalau tak, selagi mbah aku tak panggil, selagi tulah kau tak mandikan mbah kau ya. Munirah Munirah ...


Budak ni poyo tau, tak nak senyum


Suruh senyum, ini je yang dia bagi aku.


Gambar sofa bersama mbah. Terganggu sungguh aku dengan tudung itu, selain saiz aku yang amat giant kat depan tu.


Gambar di sofa bersama 


Aku sebenanya, nak pakai tudung  bawal, tapi ntah mana bawal aku hilang pergi menyelam pagi tu, sabotaj aku lettew.


Kesian abang aku, 2 tahun tak dapat beraya sekali. Anak buah aku pun tak kenal aku. Sampai nak dapat adik baru si Sarah ni. huhu




Mak aku posing, didirect oleh anak dia yang paling baik.

Sesi selfie bersama Amun, maklumlah kata susah nak jumpa.



Susah ya nak ambil gambar dengan Ameera Khan ni. Haha, ni tudung setelah beberapa ketika, cucu dia ni malas pakaikan anak tudung, dah tu malas nak repair.


Ni dengan  Pak aku. Guess what? Ini adalah selfie pertama aku dengan yang berhormat ni


Bersama isteri yang berhormat.
 


Ni orang dok selalu kata muka dia macam aku, perangai ‘baik’ pun sama. 
Haish, tak payah kata kau stress tengok tudung aku. (Padahal aku yang sendiri tension)



Kasi can lah ootd bawah pokok manggis. 

 Modal nak upload kat IG. luls

Baju daripada Petra RTW tahun lepas punya collection raya, maklumlah kau nak yang helok, tapi nak bayar new collection tak mampu, kau beli lah design yang lepas-lepas yang nak habiskan stok ittohh.


Yang penting feeling golongan kayangan... Kih kih kih #jangankecam


Maka, dengan berakhirnya sesi ootd ini berakhirlah raya aidilfitri tahun 1442 H 2021M. Minta maaf zahir batin.

Tahun depan nanti, bagaimana lah raya kita agaknya, kalau dipanjangkan umur dapatlah kita bertemu lagi di sini. #pergilahkaucovid

Thursday, May 13, 2021

Kisah Mbah 3

As Salam,

Alhamdulillah 

Aku berada di katil rumah aku sekarang 😂

Sudah nak masuk minggu ke 3 aku berada di rumah.

Bila kat rumah ni, segala rutin yang aku nak buat jadi lintang pukang, tulis journal kesyukuran dan bertemu anda di blog munamuni ini tak kesampaian.

Okay, kenapa aku rasa aku tak de masa?

Eh, bukan tak de masa, tak de kudrat.

Cuti sebulan aku ni, bukan hu ha hu ha , cucuk bintang, mengepak ke langit ketujuh ya. 

Pertama, aku balik tengok rumah aku banyak gila barang. Aku tengok je, aku rasa penat.

Kedua, mbah aku dibawah jagaan mak aku bila aku balik ni. 

Keadaan mbah aku berbeza dengan setahun lepas, ketika aku meninggalkan Malaysia, untuk bekerja di Singapura. 

Kesihatan dia merosot.

Dia tidak lagi mampu berjalan dan menguruskan dirinya sendiri.

Sejujurnya, 3 hari pertama tu adalah hari sangat yang stress bagi aku. Aku tak ingat bila last aku menangis, dan hari itu, aku menangis akibat stress, sebab tak boleh pakaikan mbah aku diapers. Aku pakai kan senget benget, mbah aku tak boleh angkat punggung, 

Aku tak larat nak angkat mbah aku.

Aku stress 

Aku terduduk dan menangis kat situ jugak.

Aku juga tak biasa dengan kekerapan mbah aku panggil-panggil. Dia jarang sebut nama aku lah tapi.

Kebanyakkannya hanya untuk bertanyakan aku kat mana, pukul berapa, atau responnya, “tak de apa”

Hari kedua, aku cuba tak pakai kan lampin, maksudnya aku cuba cara Mak Na, setiap kali dia nak kencing dia cakap dan aku bantu dia duduk kerusi roda, tolak dia ke bilik air, dan sekali lagi bantu dia duduk di katil.

Kau rasa ? Berjaya?

Badan dan tangan aku sakit setiap kali lepas angkat mbah aku.

Belum lagi bajunya basah lencun dengan air kencing, dengan diapersnya yang tak function tu.

Aku mesej kawan aku, Nisak untuk luah perasaan dan permasalahan aku. 

Btw, Nisak ni jaga mak dia yang dimentia. So, aku mintak lah kekuatan daripada dia sikit.

Jadi dia recommend kan aku diapers pants ni, sekurang-kurangnya aku tak tension pakai senget-senget, dengan tape nya tak boleh lekat, kebocoron yang dasyat.

Guess what?

Alhamdulillah, aku lebih mudah pakaikan diapers pant berbanding pakai tape, (kalau mak cik aku, dia cakap tape lagi mudah) , tahan lebih lama, tak de sampai lencun baju dan kain dengan kerap. Memang ada tembus tapi tak seteruk sebelum ni, sebab aku tak tukar diapers dengan kerap. 

Minta maaf ya kalau ada yang kecam , perlu kekuatan kudrat dan mental ya, setiap kali aku bawa mbah aku pergi tandas, pakai kan diapers, pakai kan baju. Lepas tu, aku terus terbaring, tak de hati nak buat kerja lain. Jadi, secara average aku cuma bawa mbah aku pergi ke bilik air , 2 kali je mandi pagi dan petang dan bonus, kalau dia nak berak.


Roda  kerusi untuk pi toilet tanggal, nasib tak tergolek mbah aku.


Mak aku beli sebijik sama. Itu je pun yang ada kata mak aku.

Seterusnya, kalau dia meratib memanggil.

Kebanyakkannya aku tak nyahut, kesabaran aku sangat tipis ya. Orang akan lihat kejam. Tapi, kalau orang tu sanggup respon setiap panggilan tu tanpa emosi, aku bagi mini love.

Orang tua ni adalah tiket nak ke syurga, tapi kalau salah, boleh jadi tiket ke neraka pula.

Mak cik aku, suruh berdoa , berilah kekuatan dan kudrat untuk kita terus menjaga syurga kita ni.

Aku tak judge orang yang jaga orang tua, atau mengutuk cara dia jaga, sebab selagi kita tak berada di tempat mereka, kita tak tahu apa yang dia rasa,

Manusia biasa memang akan emosi, hanya iman dan rasa ihsan yang memimpin kita kembali ke jalan kesabaran. 

Pandanglah orang tua itu dengan kasih sayang, dialah yang membesarkan ibu kita, yang pernah menyuapkan kita makan.


Kesian mbah aku dapat cucu macam aku.


Setiap kali aku hilang sabar, aku teringat dekat Vivy Yusof yang layan arwah opah dia dengan penuh kasih sayang. Aku percaya, setiap orang yang berjaya itu adalah daripada doa orang tua dan berkat kebaikan yang dibuat selama ni. Bukanlah sebab kita nak dapat sesuatu kita baru buat kebaikan, tapi ye lah level up iman kita, semua yang kita lakukan Lillahitaala. 

Bersyukur maqam nya lebih tinggi daripada sabar.



Bersyukur Allah hadirkan dia untuk kita berbakti.


Kita pun tak tahu sampai bila usia kita nanti.

Berdoalah agar kesihatan kita dipelihara hingga kita mati.

Aku tak mahu jadi beban kepada orang lain dan diri sendiri.



“Selamat Hari Raya semua. Doakan waris-waris saya diberi kemudahan, kesabaran, keredhaan dan rasa sayang dalam menjaga saya ya😀”



.



md : baca Kisah Mbah dan Kisah Mbah 2


Friday, April 23, 2021

I Phone 12 mini di tahun 2021



 As Salam,

Aku ingat aku pilih kehidupan yang sudah cukup rutin. Aku tak suka tiba-tiba dalam pekerjaan. 

Tiba-tiba ada masalah, tiba-tiba ada perubahan.

Ha, mulalah gelabah.

Tapi, aku suka juga kehidupan aku yang full of surprise. Penuh kejutan.

Selalu reaksi aku akan blur blur ayam.

Tapi, selepas satu ketika, aku bersyukur melalui beberapa siri kejutan tu.

Sebagai contoh;

Covid-19 yang korang pada mulanya pun terkezut sampai sekarang pun terkezzuttt tak boleh jangka kesudahannya.

Aku pun tak terkecuali, post post sebelum ni pun aku ada mengadu domba.

Mac 2020: stuck kat Malaysia.

Mei 2020-April 2021: stuck di Singapura.

Dan terbaru handphone aku yang aku setia selama ini mati tiba-tiba tanpa bagi kata-kata akhir

Apa ni Xperia, setelah bertahun-tahun aku setia, dan kau pergi begitu sahaja?!

Walaupun sebelum ni, dengan kau asyik panas je, baru ambil gambar beberapa keping dah naik suhu.

Baru amik video beberapa minit dah demam.

Siri Xperia, aku macam-macam, yang hilang lain, yang masuk air lain, yang masuk jamban lain.

Adakah ini tanda yang aku perlu ucapkan final good bye kepada brand yang aku pertahankan sekian lama, Sony Xperia

Bila difikirkan aku memang lama sangat sangat nak Iphone, tapi dek harga nya yang memang diluar kemampuan golongan B40 macam aku.

Ada post aku gigih sangat nak menang Iphone zaman Iphone 3 ke 4 ntah, malas ar nak gali, zaman-zaman blog tengah hangat. Sanggup buat entri banyak-banyak. Tapi, hadiah yang ditawarkan cuma sebiji iPhone je. 

Haruslah aku tak menang. Ceh.

 Haiii lah . Aku bayangkan jika suatu hari aku ditakdirkan beli iPhone mestilah di hari aku paling bersedia, tempat istimewa, seperti floating Apple store Marina Bay Sands, ia mestilah full spec paling optimum, mesti juga nombor siri keluaran yang ganjil , 13 ke? 

Satu pencapaian ya kalau dapat beli Iphone untuk aku. 

Korang budak darjah 5 yang pakai Iphone mak pak belikan apa tahu erti pencapaian?


Walaupun selama ni kawan-kawan selalu dok racun  suruh beli phone baru, aku pertahankan je Xperia aku tu.

“Jangan kata kat handphone aku , nanti dia merajuk”

Tapi satu kali tu, aku rasa nak balik kampung ni macam mana aku nak berfoto di pagi aildilfitri  selepas tahun lepas raya sendu di hotel, kalau kamera aku lekeh, tak sharp dok asyik temperature naik jek, aku jadi tak dok mood lah kan.

Tapi, aku lawan perasaan tu, sebab aku kena sedar diri dan memang akan kena pakai duit untuk bulan ni dan bulan seterusnya

Hari tu dah bayar untuk PCA, bayar deposit bilik sewa, nak balik raya lagi, elaun dah tak de, kena start bayar bilik sendiri so, aku memang tak boleh belanja sesuka hati.

Tapi, takdir Allah mengatasi segalanya, dalam masa aku menidakkananya, handphone aku terasa hati, dan mematikan diri. Tiba-tiba.




Ya ampun jijik betul aku tengok cover Xperia ni, boleh pulak aku kondifen pakai ke hulur hilir selama ni.
Ehem, jijik bukan sebab ada yang baru yerr

Dengan itu.......

Aku ditakdirkan beli iPhone 12 mini sajorr di Causeway mall , reseller biasa dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Dengan bajet yang terhad dan warna biru je yang tinggal, jadi aku tak de pilihan, bagus juga tak de pilihan ni, kerana kau tak payah pening kepala sebab itu je pun yang ada. 

haha

Terimalah gambar selfie pertama dari iPhone 12 mini, pada 20 April 2021.

Kemain jujur ya sampai nampak semua lobang dan kedutan. #bukan30an #takmengakuihakikat

Setakat ini aku masih kekok lagi nak guna handphone ni, sebab aku rasa Xperia/android lagi senang. Jadi sebagai nubis , aku suka pada saiz dia yang ngam dengan lifestyle aku yang asal boleh ni, suka selit merata, tak suka pegang handphone gedabak, walaupun tangan gemok. Kamera yang tak ‘fake’ *cough Oppo uhuk  ooops.

To gain something, you must lost something.

Untuk memiliki Iphone ni, aku kehilangan Xperia aku dan semestinya duit dalam akaun. Terbang.


Ya perlu ya gambar sebegini untuk pengguna Ipong

Nota kaki: Entri ini diterbitkan menggunakan iPhone 12 mini. 

Disclaimer : Perlu ya nota kaki di atas bagi tujuan rekod.😂 Baru dapat beli Iphone dah excited ko main err, selama ni orang update beli rumah kereta kat medsos, kemain kau ngata ya🤣🤪 

Nota kaki 2: Jangan lupa bayar zakat fitrah ya😁



Saturday, April 17, 2021

Puasa di Singapura, Raya di mana?

 As Salam,

Begitu ya tajuk anda, bagai pengacara rancangan tv Suria Sinaran Hidup Anda. (Saluran TV Melayu Singapura) *baca harus baku ya

Selepas setahun Covid-19 masih belum Game ya.

Vaksin sudah mula diambil secara berperingkat. 

Aku belum register lagi.

Ntah, kau tahu lah Munirah punya perangai, 

Seloww

Tapi, mungkin ada sedikit kurang keyakinan ya terhadap vaksin ni. 

Aku nak monitor dulu, statistik keberkesanan yang dah ambil vaksin ni.

Cehhh... was was kau ek #bukanantivaksin

Tapi, bila dengar kata, kalau dah amik vaksin, tak payah kuarantin, gelabah ek kau nak register.

Dasar lalang. 

Well,  tak kiralah, pasal tunggu border bukak, bagai menunggu Putera Mateen minang kau. 

Daripada tutup border terus - PCA tanpa perlu bayar- PCA kena bayar sgd1300 + unpaid leave lagi.

Tetap kau nak balik ya. 

Sengkek belakang kira

Walaupun orang kampung ingat kau kaya kerja Singapore #walhal #Allahjeyangtahu

Menggigil ya nak transfer duit 1300 dollar, gaji aku pun tak sampai oiii... 

Lepas dah transfer tu, cuak pulak kalau tak lepas, Finance tak terima, salah masuk akaun. 

Haish, tiba-tiba overthinking kan, maklong lah tak pernah-pernah umur kita hadap kejadian serupa ini ya dak. 


Sekali bos aku bagi mesej ;

Aslmkm Munirah..Alhamdulillah,Finance da received ur payment.Plse sent take a picture of work permit & passport so I can apply ur PCA


Tahu tak apa perasaan aku? 

Tak jejak tanah oii.. 

Sudah, mana pulak passport aku ni. 

Ni ha, literally berkulat. 🤣


Passport yang bercendawan pun nampak elok lagi ha, daripada aku punya. 



Lagu I'm coming home dan Balik Kampung lah berkumandang. 

Tak main lah lagu Dendang Perantau dan Air Mata Syawal tahun ni.. haha

Amboi, yakinnya kamu. 


Bulan Ramadan ni juga rasa sedikit berlainan untuk aku. 

Sambut awal Ramadan di Singapura. 

Tak de nak tapau makanan kat Johor dan bawa jenis makanan bermacam-macam untuk berbuka. 

Makan jelah apa yang ada jual kat kantin. 

Tapi, kali ini bila ada ketika orang bagi kau makanan, rasa tersentuh... 

Baru hargai bila rasa tiada. 

Bila mana serba ada, kau pandang sepi bila ada yang beri. 

Allah ajar aku nikmat bersyukur 


Kawan sekerja aku Cina Singapura, bagi aku biskut untuk sahur. 

Kawan yang sama juga bagi, pertama kali aku jumpa kawan cina yang makan kurma, selalu aku jumpa kawan cina aku tak makan. Dia pun bagi testimoni abang dia makan kurma setiap hari, kesihatan jantung bertambah  baik. 


Kawan Cina Malaysia aku belanja makan Four Fingers. 



Kakak ni bagi aku makan masakan dia. Rasa lah makanan rumah... *lap air mata
😭🤣
Kakak ni duduk sewa bilik rumah Melayu untung boleh masak. 
Kalau aku, duduk rumah yang tak dibenarkan masak. 
Eleh, kalau boleh masak pun kau  bukannya masak.
Rela makan roti. 


Ada kakak bagi aku pau goreng untuk berbuka. Dah jimat tak payah beli makanan kantin. hihi



Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikongsi bersama, semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Ramadan. 


Btw, apa yang aku buat senang hati lagi sebelum nak balik ni ialah, aku dah dapat bilik sewa yang baru. Tak payah lah aku risau lagi nak cari bila balik kampung nanti. Dapatlah aku raya dengan tenang. 


Bakal duduk lepas balik semula ke Singapura bulan June. 

Duduk seorang, katil Queen, rumah melayu, tak de budak kecil, tak de orang lelaki dewasa, boleh basuh baju guna washing machine, dan extra bonus boleh masak!!! 

Yeayyy, walaupun akhirnya kau cuma masak maggi pecah telur. 



Masa aku tengok bilik hari tu, bakal tuan rumah siap bagi aku air kotak buat pergi kerja. Well, dapat rasa lah aku kebaikan dan kemesraan dia walaupun pertama kali jumpa. Disclaimer : gambar diambil sebelum bulan puasa. 
 

Alhamdulillah, selamat menjalani ibadah 
pembaca belog aku sekalian yang berapa kerat tapi istimewa ini. 

Semoga ibadah kita semua diterima Allah.

Sementara tu nak imagine bila sampai rumah nanti, 

"Makkkkkkk, orang dah balik!!!!" 

"Ha, baguslah, boleh kemas rumah" 
😂









Monday, March 29, 2021

Dari suka menjadi benci

As Salam,


Aku sakit hati. 

Sekian permulaan dengan negativi untukmu siapa yang baca ni. 

Tapi, sakit hati aku cuma tinggal bekas. 

Aku tak sangka bulan lepas, aku akan melalui satu episod tak kawan setelah sekian lama aku tinggalkan waktu mengaji dulu. 

Seboleh-bolehnya, aku tetapkan beberapa prinsip;

1. Neutral. Berkawan sama rata dengan semua orang. 

2. Jangan terlalu RAPAT dengan sesiapa-siapa

3. Jangan cari pasal. Jangan cari musuh. 

4. Jangan terlibat dengan drama. 


1 dan 2 penting pada aku, sebab biasanya 3 dan 4 tercetus sebab bermulanya 1 & 2.

Aku malas dan tak koser dah wei nak layan benda tak matang ni. 


Apa ni umur 33 tahun, perang dingin.




Ketika aku tengah panas dan sakit hati tengah meluap-luap. 

Bila orang tanya dan memberi nasihat;

cuba buat macam ni, buat macam tu

Aku akan cakap, tak pelah biar masa yang mengubati.

Luka nak sembuh kena ambil masa. 

 quote ni jahat, 
pasal dia cakap pasal rumah. 
Nak balikkkkkk!!!!


Well, sekarang begini lah, aku tak akan mengamuk atau lawan lidah dengan orang yang aku sakit hati. 

Tahap paling aku tak suka, ialah aku akan menjauhkan diri. 



Dan, tidak bermakna orang yang aku sakit hati tu jahat sangat-sangat. 


Ada rasa yang kita benci. 

Orang tu memang perangai jahat , kau tahu dah perangai dia, tapi kau cuma rasa menyampah je dengan perangai dia, kau masih boleh cakap dengan dia. Tapi, kau masih boleh buat biasa je dengan dia, sebab kau tak pernah meletakkan apa-apa komitmen, atau harapan dengan dia. 

Lebih kepada tak de perasaan. 

Tapi, bagaimana pula dengan suka bertukar benci? 

Kenapa benci? sebab kita pernah rasa dia baik dengan kita,

Kita percayakan dia, 

Kita beri komitmen pada dia. 

Tiba-tiba, dia buat hal kat belakang kau. 

Kau rasa dikhianati. Kau rasa kena tikam. 

Sakit. 

Aku faham sekarang. 

Dulu, aku tak faham bagaimana sayang bertukar benci yang amat

Aku lekehkan bila selebriti bercinta macam nak rak bagi ayat manis belaka, lepas tu kahwin, lepas tu tup tup bercerai. Bila bercerai bagi statement yang buruk sungguh, hilang dah kata pujian, ayat-ayat sweet dia dok kata dulu tu. Macam tak de sedikit pun kebaikan yang dia pernah buat.  

Cinta itu buta, ya, masa bercinta memang buta. Bila benci celik semua. 


Mungkin ini lah rasa yang dia orang alami. 

Benci?

Tapi, 

Sayang? 


Masa akan mengubatinya, luka ambil masa untuk sembuh 

Masa penyembuhan juga berbeza-beza, 

mungkin seminggu, sebulan, setahun mahunpun sedekad. 

Hingga muncul rasa yang tak de rasa terhadap dia. 

Feelingless. 

and  Happiest. 


 



Tuesday, February 16, 2021

Full Settlement Kereta, Ambank

As Salam, 

Bagaimana aku bayar hutang kereta di Malaysia sedang aku di Singapura? 

Sebelum ini aku baca melalui belog tempatan, cara-cara nak buat full settlement kena pergi cawangan bank yang kita buat pinjaman tu. 

Tapi kan aku kat Singapura ni, tak boleh balik dalam masa terdekat, dan plan asal untuk balik Januari 2021 terpaksa ditangguhkan ke Mei 2021, aku nak tahu berapa nilai yang aku kena bayar bila aku balik nanti, Mei 2021.

Aku nak balik Malaysia nanti, aku kena fikir bajet. 

Duit kuarantin, duit raya, duit shopping, duit swab test, so bajet sangatlah terhad. 

Kalau aku tahu nilai sebenar yang kena bayar boleh buat bajet dengan lebih tepat, mana tahu kan ada lebihan bajet ke.. hehehe

Aku call Ambank customer service, kena keluar modal sikitlah nak call Sg-My. 

Tak de whatapps call ya. 

Tanya berapa nilai kita kena bayar, 

Dia mintak tarikh aku plan nak bayar tu.

Pastu, dia pun cakap jumlah yang perlu di bayar untuk buat full settlement. 

Aku tanya boleh ke buat pembayaran online. 

Dia cakap boleh, sebab aku punya jadual bayaran okay, tak de sampai kena tarik kereta ke apa, kalau ada kes, memang kena pergi bank untuk settlekan bayaran. 

Bila aku dengar dia cakap boleh (bayar online) tu, aku happy gila. Bahagia sangat. 

Kenapalah selama ini, aku tak tahu. Tak payah tunggu sampai bulan Mei nak pergi bank bayar, ntah dapat balik ke tidekkk... nauzubillah. 

well, lagipun sebelum ni fikir duit tak cukup nak bayar, so malas nak tanya. 


Perjanjian pinjaman kereta aku asalnya selama 9 tahun, 108 bulan, tambah moratorium jadi 114 bulan. Aku beli sejak November 2016.

Jadi aku telefon, aku tanya kalau bayar Mei berapa? Bayar bulan Februari berapa? 

Ketika ini,  ada balance hutang RM29, 390 lagi. 

Customer service tu beritahu kalau bayar;

28 Mei: RM25, 396.49

28 Feb: RM 25, 128.07

16 Feb (hari ni) : RM 24, 990.59

Nampak tak beza, aku ingat sama je, nilai bayar ikut bulan, rupanya beza haribulan, beza nilai bayaran dia. 

Sebab tu dia mintak tarikh ya.  

Korang google lah sendiri, bagaimana kiraan sebenar dia,  jangan jadi aku malas guna otak. huhu 

Pasal beza amaun, cepat-cepat nak transfer. 

Allah je yang tahu, betapa nervous nya aku nak transfer duit banyak tu.

Duit adalah titik peluh aku, masa yang aku korbankan dan rasa ketidaktenteraman aku selama ni. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat besar untuk aku. 

Haishhh apalah sangat, masa dulu sign beli kereta tu tak ingat ke? 

Jadi, sebab tak de geran, aku tak perlu tuntut pun geran kereta. 

Selepas buat bayaran, aku semak balance bayaran kat Ambank online dan aku call semula Ambank untuk buat pengesahan. 




Satu-satunya RM0.00 yang buat kau rasa bahagia.



Rebate katanya, tak kisahlah, yang penting settle. Untung tak untung malas fikir. 

Bank akan email kan ;

1. Release Letter 

2. E-Batal

Aku tanya, kalau E-Batal ni tak payah bawa pergi JPJ boleh ke, dia cakap boleh, sebab memang dah tak de komitmen dengan bank. 

So, nantilah balik Johor nanti fikir. InsyaAllah. 

Doakan ya dapat raya kat kampung . Makan sambal goreng #priority

Btw, aku masih dalam fasa bahagia lagi ni. 

Semoga kita semua dapat langsaikan hutang-hutang kita dan mati dalam keadaan bebas hutang.

Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya." (Riwayat at-Tirmidzi) sumber