Friday, June 18, 2010

hadiah tahun ini daripada orang yang sudi harus dihargai

As salam

saya suka hadiah (siapa pulak yang tak suka ).
tapi keliatan memang tebal untuk memberi orang lain hadiah
sebab tu tak kisah orang tak bagi hadiah.
melampaulah pulak kan kalau nak hadiah tapi taknak bagi orang lain hadiah

dan bila orang lain bagi , haruslah dihargai.....

ibarat kebun bunga, haruslah dibajai selalu barulah tidak layu...seperti haruman untukku
agar bau peluh kurang dihidu, ...biarpun selepas mandi...=P




bila sudah wangi, gaya mesti dilengkapi dengan pemberian eksklusif sahabat sejati, beg tangan-yang- harem- aku- tak- penah- nak- pakai bagi menyedarkan diri untuk mengisi wang gaji nanti.



 barulah ingatan terhadap teman sejati akan tegar bak cengkerang siput sedut, lebih-lebih lagi bila digosok setiap hari dengan ubat gigi berkalsium tinggi (eh, merepek).


walaupun kita kurang gemar kepada hadiah tu, tidak harus dibiar lesu (jujur gila tak suka anak patung), kerana mungkin anak buah kita akan gemar...(perhatian kepada kamelia iman!)

md::::  hadiah yang tak ku letak di sini tak bermakna tak dihargai...terima kasih kepada yang sudi....    moga sentiasa diberkati duniawi dan ukhrawi


4 comments:

terima kasih sudi baca :D