INSTAGRAM

Wednesday, October 20, 2010

ya, hidup mungkin indah, tapi sebenarnya memang bukan mudah

as salam,


Pabila ku melihat orang kaya, ku memikirkan mereka bahagia, tapi kebanyakkannya penuh rasa waspada.

Pabila ku melihat seorang bayi, ku ingat dia sentiasa digemari, rupanya ada yang tak sudi,

Pabila ku melihat sepasang kekasih, ku ingat mereka sentiasa berkasih, rupanya ada syak yang sukar disisih.

Pabila ku melihat  peragawati, ku sangka mereka bebas memiliki, rupanya mereka terlalu berhati-hati,


Ya,  memikirkan dunia insan-insan ini,
sehingga lupa kepada indahnya takdir diri,
yang ku sangka  indah tapi sebenarnya bukan mudah.


Alhamdulillah.

Segala Puji Bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam.





















Demi siapa, hidup ini? 
Kembalilah kepada Yang Maha Mengetahui.




md::: tak mudah rupanya hidup tanpa kamera.

5 comments:

  1. oh mun, rinduuuu ur writing la...:)

    ReplyDelete
  2. mun...aku x sgka ko pndai menulis...huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  3. ziha :: kedai mane yang bagi rembat kamera, pastu x panggil polis

    aisyah :: terharu..hikhikhik

    nisah :: tak boleh lawan ko nyer..hahaha

    nisa :: aku memang agak pandai membaca dan menulis dalam bahsa melayu.hahhaa

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D