Thursday, October 7, 2010

Mari Mengaji

As salam


Siapa dah khatam Quran?
Mesti dahkan? Sejuk urat saraf emak yang meneran.
Kalo yang lahir lalu tingkap, sejuk parut emak kat perut.

maaf, merepek. :D


Di sebuah kampung yang permai di sebuah daerah paling selatan di Johor, terdapat seorang anak yang tinggal bersama emak dan neneknya yang dipanggil Mbah.

Pada suatu hari , Si emak telah menyuruh si anak pergi belajar mengaji Al-Quran

Emak : Nanti mak hantar gi belajar ngaji. Kita ni belajar mengaji kena berguru.

Anak : (buat muka sepe-et).


Si anak pun dalam usaha untuk cuba menyejukkan perut ibu mengandung pun menurut kata si emak. Lagipun, si emak yang bayar dan hantar  walaupun dia merasakan diri dia sudah berlagak pandai baca Al-Quran.

Si anak pun ada pernah terbaca, kalau baca dan amalkan isi Al-quran , ibu bapa kita akan dipakaikan makhkota masa hari kiamat.



Hadis Rasulullah s.a.w dari Muaz al-Juhani

" Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaiman pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."


Di dalam kelas, si anak memberi senyuman simpul  kepada kawan-kawan baru sebaya umur si emak . Apa nak buat diri si anak semula jadi pemalu.

Tapi, si anak teringat kata salah seorang cikgu belajar memandunya (lebih dari sorang rupanya cikgu memandu si anak :P)

Kita ni kalau nak belajar , 
jangan malu



Hadis dari Uthman Ibn Affan r..a

Dari Rasulullah s.a.w

Maksudnya: " Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain"



Si anak mahu mengajar anaknya membaca al-Quran.
Oh, dia baru sedar yang dirinya berangan lalu mengetuk kepalanya dengan perlahan.


Dengan keramahan mak cik - mak cik dan cikgu di kelas megaji, membuatkan si anak kembali lega
dan cikgu pun menyuruh membaca surah al-Fatihah.

Amik kau si anak,

 Basmallah lagi sudah kena tegur.

                                   

huruf jim bila bari atas, JA, mulut haruslah di`action' kan, ,
bukan mulut sengeh.Paham tak?


huruf ain bila baris atas, rahang berpusing, biar betul masuk bunyi ain tu.



huruf ha, bila sebut kena keluar angin.


banyaklah makhraj huruf yang harus dibetulkan oleh si anak.


Tapi yang paling dia susah sebut adalah huruf kha, cikgu kata sebut sampai bunyi kahak.








Ya, si anak terpaksa kembali kepada IQRA`.



Tapi, si anak redha lebih-lebih lagi bila Cikgunya kata, 


Biar lambat asalkan betul


p/s : kalau ada terkeliru tentang cara menyebut huruf-huruf, maafkan saya jika ada yang salah. Sila beritahu saya dan Sila rujuk kepada guru ngaji anda atau orang yang ahli tentang al-Quran. Saya budak baru belajar.

2 comments:

  1. kih3 aku pun kene gak ngn laki aku haha

    ReplyDelete
  2. alalala...bertuahnye ko dpt laki mcm tu ..hehe ..menjadi contoh kepada anak-anak..InsyaAllah...

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D