Tuesday, May 21, 2013

Kisah Mei

As salam,


P/S: Peristiwa di bawah tidak mengikut garis masa.



Bulan Mei sememangnya bulan yang mencatat sejarah penting tanah air.
13 mei 1969






11 Mei 2013

Cik ana tunang, kawan sebelah katil di sekolah menengah,SAKTI,  majlis pukul 3, kami sampai lebih kurang pukul 5. Harem, sesat bagai.

Sampai-sampai cik ana dah tukar baju biasa dah....

pastu kena paksa pakai baju tunang balik, tak kira!.huhu



Aku cam tahu apebende yang aku buat. Fatma, tengah buat rehearsal lah tu.




 
 Tubeng  macam tahu jek apa yang sebenarnya dia  lakukan.





 haha, maklumlah kalau tak kena cucuk peniti, memang bukan pakai shawl lah kan. Fatma sebagai pelakon pembantu disitu.
  


 

 Giliran si Fatma cam tahu apa yang  dilakukan. Apa tu,kat dagu? huhu.


nasib make up tak tanggal lagi. kalau tak satu kerja nak tepek bedak .




 Pertunangan dia nia ni comel tau, hantaran tunang dia bagi semua bungkus, tak tahu pun apa isi, dia pun tak tahu apa yang pihak lelaki bagi. Pastu dia cakap dia bertunang macam orang dulu-dulu, tunang dia tak datang pun time nih.




tahniah cik Ana, darah manis sekarang,  nasib kau ni nutritionist .Eh, apa kaitan?





 Lain kali duk belakang cam si Fatma, tak de lah nampak giant sangat aku nih.



5 Mei 2013,


Sejurus selepas hari pengundian pilihan raya umum Malaysia yang ke-13,

Aku pun berbincang hal politik dengan Nisak, di tempat makan Cendol tepi Laut Pontian. Lalu, menyerahkan telekung yang aku order dari dia.

Cantik sangat dia bungkus, walaupun aku tak bayar kos postage/packaging, dia tetap letak reben bagai, lupa aku nak snap gambar, sebab dia paksa aku bukak time tu jugak.

 Jatuh hati sangat dengan material telekung ni, cotton yang ringan dan sejuk, banyak pihan warna, aku pilih warna ni, cam down to earth seperti aku. :p


 anak panah tu nak tunjuk , tempat gantung baju aku telah  condong 45 darjah sejak aku beli , lebih setahun yang lalu dan tetap bertahan kalah  menara condong Pisa.








 lepas tu ada beg sekali, 
jadi, kain ringan, beg telekung, warna menarik, selesa . Semuanya ada dalam pakej telekung dari Amal Nisa.



Kemudian. aku pun  beli telekung dari bella Ammara, ye lah asyik beli baju nak  melawa  kononnya , tapi  telekung nak jumpa Allah, rembat jek mak punya selama ni, tak pun pakai jek apa ade kat surau awam.

Lagi pulak ada lace , kengkonon lace kan tengah in.

Fabrik selesa, cantik , tapi kain dia agak pendek, aku yang tak berapa tinggi ni , 156 cm cam kena pakai kain dia labuhkan bawah pinggang.





Bolehlah buat skirt kain dia.




feeling princess jap.
Kalau satu entri tak poyyyow  memang tak boleh eh?


6 Mei 2013,

Ulang tahun kelahiran manusia comel , yang ke-25 mengikut tahun masihi.

Tapi, kebanyakan manusia tak ingat.... aku pun tak kisahlah, sebab aku bukan jenis manusia yang rajin nak wish HB! lah selamat itu... selamat ini....


Maka tiada hadiah berupa material seperti sebijik kereta, mungkin kerana harga kereta belum turun dengan dasyat dan harga petrol juga tiada khabar berita mahu turun.


Juga tiada gajet terkini di pasaran dihadiahkan, lalu tiadalah benda untuk diupload di laman sosial, mengatakan ia pemberian orang tersayang.

Juga, duit tabung untuk beli beg Furla , tak penuh-penuh.


Oleh itu, hadiahkan diri ini sepasang kasut yang diidamkan lebih setahun yang lalu. Selalu keluar masuk kedai, cuba-cuba tapi tak pernah beli.

maka dengan kesempatan 30% discount for birthday treat, maka belikanlah diri ini sepasang kasut Crocs. Haish, orang dah tak pakai kasut  nih, ang baru nak beli. haha. Lantak pi lah, asal kasut ni gangster.


Aku beli kasut ni 13 Mei iaitu lebih sehari dari tempoh yang diberikan (seminggu sebelum birthday dan minggu birthday). Aku buat muka kesian dengan budak situ, dapatlah kita 30% , padahal akak sebelum tu lambat dari aku, dapat jugak.

Design yang aku harapkan tiada, haish....



kulit buaya, ke kulit durian hentamlah, 
haha. kau ingat dengan meletakkan lambang Merc di stereng , menjadikan kancil Sebijak Anda hebat seperti kereta buatan Jerman.




Antara yang terlewat ialah mak kesayangan wanita comel tersebut,



 Baik korang aminkan cepat!

mak aku selalu cakap jodoh yang sesuai/sekufu, sebab dulu aku selalu ckp nak laki Jepung tak pun kerabat diraja..haha.. Dulu lah kan..

 tapi masalahnya tulah 26 tahun?!





 K.

12 Mei 2013

Hari ibu, tapi aku tak balik dan tak ucap hari ibu, sebab berbalik kepada sebab yang aku bukan jenis manusia rajin nak wish, selamat itu , selamat ini...

Aku jumpa kawan aku, Wan Rosidah  yang datang dari Penang hang tau, asal Kuala nerang ha.. kahwin 3 bulan dah dengan budak sekolah dia , diaorg jumpa balik kat kedai makan.Kenduri dia aku tak pilah, utara nun...masa zaman UiTM dulu, dia tak bercinta , tak couple pun (setahu aku lahkan)

Sekali dia yang kahwin dulu. Comel jek aku tengok dia dengan laki dia.



Laki dia tak dak, sebab kami paksa dia amik gambaq.



Kawan sekerja jugak lupa dah lepas 4 ke 5 hari baru perasan, itupun sebab tengok I.C (tunjuk kad pengenalan tanpa niat:P)
Maka, dia orang pun belanja steamboat kat Lagi Best



Ini Amoi komplen tak sedap, pastu balik umah sakit PeLut.  huhu
Tapi, dia comel sebab belanja tutti frutti pulak.
huhu.

Ayu tunjuk skill, bagaimana memasak marjerin dengan cara yang betul.
Makan ngan Si Ayu ni pun rugi, makan sikit jek, nasib bukan aku yang keluar duit.




Si Lulu, ni pun pandai guna teknik yang sama macam si Fatma sorok belakang aku, supaya nampak lebih kecik. Cis.


Selalu gadoh dengan ini amoi. Tapi , baju cam match jek.




Roomate aku, Si Ira ni pun tak hingat birthday aku, maka setelah ingatannya kembali pulih, dia pun membagi aku SEPOTONG kek Chocolate Indulgence dari Resipi Rahsia.





Hui, banyak sebenarnya nak buh dalam entri nih, termasuk jumpa Mawi ngan najwa Latif time Festival Knovo UTM tuh, yelah , I olls kan bukak booth kat situ kengkonon nak ushar budak UTM hensem, tapi malangnya semua bakal engineer dok bilik, pi  study, hahaha.. Tipu!

#black505 dan  penahanan Adam Adli. .Mei belum habis tapi sudah mencatatkan sejarah buat anda-anda semua. Mata-mata yang menyaksikan apa yang sudah terjadi dan bakal terjadi selepas ini.







Termasuk ramainya yang bakal mendirikan rumah tangga ..fuhhhhhh





6 comments:

  1. Menarik!! Aku mesti tergelak baca blog ko.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aMBOI, epy, memberangsangkan sungguh komen . Thank YOu :) :P

      Delete
  2. cute blog! do check out my blog and would you like to follow each other? :)

    DONT MISS OUT ON ASOS GIVEAWAY @ http://aleejustsaid.blogspot.com


    xoxo, Alee

    ReplyDelete
  3. Woiii sengal. Aku ase mesti ko tempias kne perangai mak ko kn. Haha. Comel gile mak ko. Boleh pulak fast forward setahun. Huahuahua.

    Btw baik giler tunang raf x dtg. Huhu. Yelah org zmn sekang kn bertunang mengalahkn bernikah. Hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, mak aku memang cam tu kekadang lawak , kekadang garang huhu... kannn , jenis sep2 bebudak baik giteww..huhu

      Delete

terima kasih sudi baca :D