INSTAGRAM

Friday, July 2, 2010

the back up plan

As salam



Rancangan kebanyakan perempuan:::
1. bercinta
2. kahwin
3. mengandung

bayangkan jika rancangan itu berubah......

1.mengandung
2.bercinta
3. kahwin

disebabkan
1.dah lama tunggu
2.tak menemui cinta sejati
3.hidup sepi

begitu yang berlaku pada Zoe  yang 
  1. bersedia untuk hidup tanpa pasangan 
  2. membuat keputusan untuk mengandung dengan kaedah Artificial Insemination (AI) ,
  3. kemudian terjatuh cinta dengan Stan, lepas dia buat AI


Stan terkejut lepas dia tahu Zoe mengandung,
  1. susah nak terima..tapi dia cuba jugak terima.
  2. terkejut lagi, lepas dapat tau Zoe mengandung anak kembar.
  3. dia rasa tanggunjawab semakin berat dan tak bersedia.
 untuk tahu kisah selanjutnya pergi tengok sendiri ...The Back Up Plan (18 tahun keatas sahaja!)


ko nak kung fu aper?

 
Ok  , biasanya kita dah elok rancang-rancang, tiba-tiba pulak benda tu tak jadi , sebab benda-benda yang tak dapat dielakkan dan datang tidak terduga.

tapi, selalunya orang akan buat back up plan atau Plan B..
macam mak saya selalu suruh saya buat
kita kena ada target, kena ada plan, Plan A , Plan B, Plan C. Tapi, biasalah Gadis Muda Remaja ni selalu tak amik port..

 sem 1,
  1.  rancang nak dapat kelas pertama, 
  2.  plan nak sambung sarjana,
  3.  kerja
 sem 6
  1. thesis mengambil masa dan emosi yang banyak
  2. kurang tumpuan belajar
  3. keputusan kurang cemerlang

sekarang,
-duduk depan komputer sepanjang masa
-tunggu pinangan kerabat diraja (eh, ko.ada hati  lagi berangan!)

masa depan
- Permaisuri Agong
- ?

dapat tak apa yang saya nak maksudkan sekarang, kita takkan tahu apa yang berlaku di kemudian hari, mungkin kita merancang bila besar nak duduk ngan kawan-kawan baik, bercuti sama-sama. Tapi,semua tu mungkin ada halangan bila mungkin ada yang dah berkahwin, bekerja atau belajar kat luar negara...Namun, kita masih boleh berhubung dengan hangout sama-sama dan berfacebook......



 dengan harga RM9.90 maka T-shirt mengandung seperti pekerja amal mahupun pekerja pembersihan menjadi baju kenangan. Nak roboh fitting room tu sumbat 4 orang.



md::: kita merancang, Allah yang menentukan...Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin. Ape? Brazil kalah dengan Belanda 2-1....owh, ok

3 comments:

  1. best...bolehlah kalo ko suke citer romantik komedi ...memg seswai..

    ReplyDelete
  2. wah..i like..haha...aku kn romantik..haha

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D