Wednesday, September 16, 2020

Habiskan bateri di Garden By the Bay

As Salam, 


Sudah 4 purnama di Singapura, lagi 3 purnama maka tahun yang begitu banyak kejutan ini akan berakhir. 

Minggu lepas, asalnya nak pergi Cloud Forest, nak ambil gambar berlatarbelakang kan air terjun buatan. Tak habis lagi episod rindu air terjun kat hutan khatulistiwa, air terjun buatan pun jadi. 

Ini adalah hikmah Covid-19, tak boleh balik Johor. Kalau tak, sampai sudah aku dok ulang alik Seagate-Jb Sentral, Woodlands-Stulang je. 
Bila orang tanya pasal jalan-jalan kat Singapura, aku renyeh je lahhhh... haha

Sekarang, kira ada kemajuan lah sikit kihkihkih. 

Pertama kali pergi Garden by the Bay, kira kalau jenis tak berduit sangat, ini adalah tempatnya, tak payah ada entrance fee, jadi korang boleh lah bergambar di sekitar taman tu sampai patah kaki jalan. Kalau korang nak naik Super tree ke masuk Cloud Forest dan Flower Dome kena keluar modallah sikit.


Setakat nak ambil gambar berlatar belakangkan Marina Bay Sand Hotel ini, bolehlah


Ambil sipi sipi je background, yang pentingnya bukan apa, 


Kau nak buat modal masuk Instagram je khennnn..



Dapat sekeping dua nak upload bagi nak tunjuk followers ko yang berapa kerat tu, bahawa hidup kau tak sengsara sangat. kahkahkah. 

#walaupun 


Pleated skirt Uniqlo ni patern senteng tapi flowy. Aku pernah berazam aku tak nak beli pleated baju ke dress ke apa, sebab sebelum ni habis lah kalau dah masuk dryer pastu renyuk, kau nak iron pulak, rosak lah pleats nya. Kira renyah  sikit nak jaga. 


 


Tapi, sebab tengok, dok lalu lalang kat laman sosial. Jadi aku pun rasa nak pakai dan abaikan pengalaman pahit aku dengan pleated dress aku dulu. 
Bagi mengelakkan sejarah mungkin berulang, aku terpaksa rajin kan diri basuh pakai tangan, dan terus gantung kasi kering 



Sekitar taman, yang ni bahagian Chinese Garden. 



Tengok jari pun out tak de bakat. 


Malam yang sendu, dalam pukul 8 dah tutup dah semua, aku tak tahu lah sebab musim Covid-19 ni ke apa, aku fikir macam ada lampu-lampu meriah, tapi apa yang anda lihat ni je lah.


Aku dah pancit dah, lutut aku dah longgar, kawan aku dok nak ambil gambar lagi dengan cendawan ni. Terpaksalah nak oiii. 



Setelah setia sekian lama  dengan Converse, aku cuba New Balance, so far, I'm loving it. 

Lepas ni, aku harap outing lepas ni, jalan-jalan kat alam semula jadi yang dibiarkan tumbuh meliar bukan taman yang pokoknya ditrim. 

Rindu air terjun, rindu hutan!!!
Sabarlah nak.... Bak kata Imam Shafie;

Setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:

1. Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.

2. Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

Kbai. 

1 comment:

  1. "www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D