Wednesday, January 25, 2023

Pengakhiran Kisah Mbah Saya


As Salam,

Selasa, 10 Januari 2023, 8-8.30malam;

Aku ambil mbah dari rumah Mak Na, dan ku sorong mbah ke rumah depan. 2 malam ni, mbah akan tidur di rumah aku (rumah mak aku lah of course, Wongjowo memang suka sebidang tanah, dalam tu adik beradik buat rumah duduk dekat-dekat #followersperlutahu).
Mbah seperti biasa, bertanya nak ke mana. 


Khamis, 12 Januari 2023,  10-11 pagi;

Aku siapkan mbah. Potong kuku mbah.
Pagi tu, aku akan hantar mbah ke rumah Mak Bi.

Mak Long datang, salam mbah.

Pak Long pun datang salam mbah dan tolong masukkan kerusi roda, dan kerusi toilet mbah dalam MYVi aku, hari tu susah pulak nak masukkan dalam 2 kerusi tu dalam King.

Khamis, 12 Januari 2023, 12 tengah hari;

“Mbah suka lauk ni, masak sayur lodeh”

Aku cedokkan lauk favorite mbah ke pinggannya.

Mak Bi masak sekali untuk aku dan mak aku. Kami berempat makan sama-sama.

Aku tahu lodeh kering kesukaan mbah sebab mbah pernah request menu ni lama sangat dulu, ketika dia masih sihat. Sambil tu, dia tunjukkan aku cara masak lauk ni. Itu pertama dan kali terakhir aku masak lauk tu.

Ahad, 22 Januari 2023. 10.30 malam;

Malam tu aku kerja, sakit kepala pula. Sebaik sahaja orang lain pergi makan di kantin. Aku letakkan kepala di meja dan tidur. Persis seperti aku prep malam di sekolah dulu. 

Isnin, 23 Januari 2023. 3.15pagi ;

Aku terjaga pukul 3 pagi lebih. Itupun disebabkan telefon  di meja berdering. Ada pekerja dari department lain telefeon. Aku cek handpone aku; 


Isnin, 23 Januari 2023, 6 pagi;

Aku scan awal balik kerja , menaiki bas menuju ke JB, sebelum memandu pulang ke Pontian.

Isnin, 23 Januari 2023, 8-10 pagi

Kakak dan Abang ipar aku datang bawa nasi lemak, roti canai dan air mineral untuk pelawat yang datang.

Kawan-kawan masjid mak -mak tolong siapkan apa yang patut di rumah Pak Long, anak sulong mbah, depan rumah aku. Orang-orang tua ke Batu Pahat awal pagi tu, jadi yang tinggal cucu-cucunya di LHT. Yang mostly blur-blur.

Sementara itu di Parit Raja, Batu Pahat;

Gambar-gambar ihsan sepupuku, Surya






Isnin, 23 Januari 2023, 10.50 pagi

Van jenazah yang membawa jenazah mbah dari Parit Raja, Batu Pahat  tiba , terus ke rumah Pak Long.


Selepas sembahyang, semua waris termasuk aku, memberi kucupan terakhir pada mbah.


Lepas cium mbah aku ,  kakak aku cakap , “wangii”

Aku cium mbah buat kali terakhir.

Aku minta ampun pada jasad mbah yang tidak lagi bernyawa.


Cucu-cucu lelaki mbah sama-sama mengangkat dan mengusung jenazah mbah.


Mengucapkan selamat tinggal pada mbah buat kali terakhir, sebelum disemadikan.
Abang aku, si Saad bawa van jenazah ke tanah perkuburan.
Cuaca redup mengiringi mbah ke tempat persemadian.


 Throwback sat 14 Julai 2022; 
Kat rumah Mak Bi, masa ni mbah tak bangun, tidur je. 
Makan pun tak. 
Kami bawa ke klinik. Darah dia tinggi sangat. 

Sebagai manusia biasa, ada kekesalan dalam diri aku.

Hakikat yang pasti, masa tak akan kembali.

Aku harap keampunan daripada Allah dan mbah kepada aku. 

Aku tak sangka,  aku rasa dah bersedia, tapi tetap sedih namun redha.

Tenang bila Mak aku cakap , mbah tenang sangat, macam dalam tidur.

Kolekai Gambar Mbah

Raya 2022

Sebelum tu, terima lah selfie-selfie gedik cucu dia ni.


Mbah malas nak layan aku.



Tapi, aku tak putus asa, suruh mbah tengok kamera.


Mbah dan salah seorang cicitnya,Sarah.


Bersama cucu; Saad, bapak si Sarah. Hantar mbah ke rumah Mak Ti. 


Dengan mak aku, cucu menantu, Azie, isteri Saad dan cicitnya, Hawa, adik si Sarah. #motifpenjelasan.


Dengan anak paling ‘baik’. #anakkedua😅


Cantikkan mbah kita, bayangkan mbah kembali muda dan cantik di usia 33 tahun.


دْخُلُ أَهْلُ الجَنَّةِ الجَنَّةَ جُرْدًا مُرْدًا مُكَحَّلِينَ أَبْنَاءَ ثَلَاثِينَ أَوْ ثَلَاثٍ وَثَلَاثِينَ سَنَةً

Maksud: “Penduduk syurga akan masuk syurga dalam keadaan jurdan (tidak berbulu di badannya), murdan (tidak berjanggut), bercelak, dan usia 30 atau 33 tahun.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2545. Juga diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal dan ia terdapat juga dalam Kitab At-Targhib wa Tarhib – dinilai sahih atau hasan) sumber


Raya 2021


Raya PKP, first time raya tak balik Tangkak. 

K fine , Raya 2020, aku raya sorang dalam bilik hotel. 






Ini paling comel, kena suruh senyum.


Mbah selalu cakap dia nak balik rumah dia.

Akhirnya, dia dijemput pada 1 Rejab pulang kepada Yang Maha Mencipta.



Firman Allah SWT:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Al-A’raf: 34

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.



Mbah pergi ke alam yang lebih indah, tiada lagi derita,  lalu meninggalkan kita yang masih struggle menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

Maka, inilah pengakhiran kisah mbah daripada bahagian aku setakat ni.

Mohon sudikan sedikit masa kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada nendaku, Maryah Binti Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripadas yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka."



No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D