Thursday, July 15, 2010

Alamak , aku terbunuh _________ babi!

As salam,
        

            Kisah bermula di pagi khamis yang hening di mana, aku telah terbangun dari lenaku dan di luar kawalan sedar , tanganku telah mengambil sarung tangan, dan tajak di luar rumah.


            Dengan selipar jepun berbunga ros merah , aku telah pergi ke sebidang tanah seluas kankangan kera untuk melakukan sesuatu yang aku tak pasti kebenaran yang aku akan melakukannya.



           
             
Lalu perkara yang aku tidak pernah lakukan sebelum ini, nampaknya sedang berlaku,  mata tajak ku terus rakus menghentak tanah sehingga menumbangkan lalang-lalang di atas tanah itu.

            Tiba-tiba, aku ternampak lalang-lalang itu bergerak seperti ada sesuatu disebaliknya dan  `kecepek' bunyi yang kedengaran. OMG, aku terbunuh makhluk ciptaan Allah yang tidak berdosa walaupun sebelum ini dialah yang selalu memusnahkan tanaman sayur-sayuran bondaku. 















Inna lillaahi wa inna ilayhi Raaji'oon































Lebih kurang 4 ekor siput babi telah menjadi mangsa kerakusan tajakku,  kalau babi betul, aku dah cabut lintang pukang macam   lalat  kera termakan cili.



























Okeh, gambar memang tak releBen.. takde kene mengene.


md :::terkenang kat academic height , UiTM Perlis seperti didalam gambar selipar jepun berbunga ros merah.

4 comments:

  1. peh... dpt 4 skali sapu? mantap2...

    ReplyDelete
  2. haha, x delah sekaligus pun...terasa tak bersalah pulak membunuh binatang ni (kejam betul)

    ReplyDelete
  3. chanteknya gambar2.. suka tgk. erm,thanx sbb sudi jenggah blog yatie =)

    ReplyDelete
  4. thanx...gambar blog awak pun cantik jugak...:D

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D