Thursday, May 14, 2020

Merentas Tambak Johor-Singapura di musim PKP


As Salam,

Sejak 18 Mac hingga 10 Mei aku berada di rumah. Tak kerja. Dah lama tak duduk rumah selama tu, paling lama lepas habis belajar 10 tahun lalu, berapa bulan ntah.

Sebagai seorang single, 10 tahun dulu memang aku tak rasa serisau ini.
Ya, risau jugak tapi lebih kepada tekanan tengok orang seangakatan dan kaum kerabat.

Pandemic Covid-19 sudah tentu memberi kesan kepada kebanyakkan industri dan tentunya penutupan sempadan antara negara memberi kesan besar terhadap logistik antaranya kepada ratusa ribu rakyat Malaysia yang mencari sumber Pendapatan di Singapura. 

Cakap lah apa sahaja. 

Rezeki dan jalan hidup setiap manusia berbeza. 

Hari demi hari, menanti, mengharap ada jalan tapi apakan daya sampai sudah putus harapan. Ceh, ayat.....


Bukan  barang kulit kat mall je berkulat
 Beg and belt pergi kerja aku pun dah berlumut kata ko. Punya berkerak dok situ. 
Yang beg pink tu konon sedia bila-bila kena masuk Singapura balik. 

Doa sahaja pada tuhan, Dia yang Maha Menentukan. 


6 Mei 2020 : Ehem, birthday tittew. 

8 Mei 2020 : Bos mesej suruh prepare kali ini kemungkinan besar jadi (sebelum ni, 2 kali, bos cakap boleh masuk border, tapi tak dapat pelepasan)

Jadi, kali ni pun aku tak letak harapan tinggi, fikir yang kali ni mesti patah balik juga. 
Mak aku, "hm, boleh ke lepas (imigresen), nanti kan pergi lepas tu balik rumah balik"


Okay, aku memang tak reti kemas baju banyak-banyak. Aku biasa kemas baju, untuk 2 malam. Lebih dari 2 malam, aku akan lontar masuk dalam beg guni IKEA. Tapi, apakan daya kali travel ni guna kudrat banyak bukan naik kereta. 


9 Mei 2020 : Bos hantar surat company dan surat Ministry of Manpower (MOM). 
Perlu kuarantin 14 hari bila sampai Singapura sebelum boleh kerja. Sekurang-kurangnya kena berada di Singapura dan tak boleh keluar selama 3 bulan. 

11 Mei 2020: Gerak dari Pontian pukul 7 pagi. Aku minta tolong sepupu aku untuk hantar ke JB Sentral sebelum dia pergi kerja. Nasib baik, mak aku suruh call sepupu aku tu,  itu pun pasal aku cakap dengan mak aku suruh hantar aku lepas subuh nak naik bas pi Larkin. 

Gigih lerr kita.




8.30pagi; jumpa kat JB Sentral gerak dalam kumpulan 8 orang, jumpa imigresen, sangkut dekat pegawai pangkat tinggi.



Pegawai tu baik tapi dia mintak surat MKN yang kitaorang tak de. 

Dan setelah cubaan menembusi panggilan MKN, dan MKN kata diaorang tak de mengeluarkan apa-apa surat pun. Sudahhhh. 

Aku ni malas nak bercakap, sebab aku ni kalau cakap mesti kedengaran macam naik angin. 

Tapi, terpaksalah juga. 

Setelah bertukar panggilan, dengan hujan lebat kat luar. Akhirnya, pegawai tu lepas kan juga. Nasib tak sempat keluar air mata je macam kejadian jumpa Doktor minta MC tu. Luls....

Ngam-ngam lepas imigresen bagi lepas, hujan pun reda dan ada sorang kawan ni, dapat panggilan ayah dia sakit. 

Sebelum ni, ada 2 orang dah yang terpaksa cancel sebab hal keluarga, hidup ni pilihan. 

Yeehaaa, lega dah lepas imigresen Malaysia. 
Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. 

Selama aku mula kerja dari Julai 2018, aku selalu rasa nak cuba merentas Tambak Johor dengan berjalan kaki, teringin nak jogging.

Hari ini, sekali lagi tanpa ku sangka, tanpa ku menduga, Pertama kali aku berjalan kaki merentas tambak Johor.




Nasib baru lepas hujan tak de lah panas rembang, dengan kau bawak bag lagi. Puasa lagi. Hewhewhew.


Berjalan dalam hujan renyai. 
Aku menghargai waktu itu dan menganggap ala-ala kau travel lerrr, holiday... Walhalllll


Setelah, melalui liku-liku angkat luggage naik tangga lagi. 


Lepas tu jumpa ICA officer kat imigresen Singapura. Ke sana, ke sini, jumpa orang ni, jumpa orang tu. Akhirnya selesai urusan di imigresen. 



Okay, belum berakhir lagi. 
Seterusnya, kita naik bas khas yang di sediakan untuk bawa kita ke hotel tempat yang akan kita kena kuarantin nanti. 







Akhirnya, check in hotel (betul-betul akhir)
 Phewwww, what a longgg day.



Company bagi sim card, nanti MOM akan call kita, whatapps video call setiap hari untuk pastikan kau berada dalam bilik sentiasa dan kau tak merayap keluar pergi Geylang. Huhu.

Kat hotel ni disediakan makanan 3 hari sekali, tapi, sebab puasa, dia bagi 2 kali masa sahur dan buka.



Salah satu makanan yang disediakan. 

Biasalah bila orang bagi ni, ikut tekak kau memang ada yang sedap ada yang tak kena. Macam masa dulu kau kat hostel, ada subsidi makankan. Hari Jumaat punya menu sedap, hari Selasa tak sedap.

Amboi, biasalah benda free, kau punya bongkak tak tahan. Cer sekarang kau kena keluar duit sendiri, sampai sengkek nak makan. Lepas tu, ada orang belanja.
Hmm, nikmat dia  lain macam.

Bersyukur lah, maka nikmat kesedapan itu akan datang dengan sendirinya.

Sementara korang tengah buat persiapan nak Raya tu, kasi can lah aku sepah ke, nak tunggang terbalik pun lantak pilah.


Bagilah aku menikmati 'percutian' 14 hari, 14 malam dalam bilik ni.


*kesat air mata. 

1 comment:

terima kasih sudi baca :D