Tuesday, May 19, 2020

Musim Mengemas Datang Lagi

As Salam,

Kemahiran  terhasil dari dua punca; 
1. secara semula jadi
2. dibentuk atau diasah.

Begitu juga dengan tabiat dan perangai; kita ada perangai yang baik dan kurang baik.

Tapi, sepanjang proses membesar kita dididik untuk tahu membezakan yang mana baik dan buruk.

Aku sendirilah sebagai contoh; aku sedar aku ni cepat naik angin. Adakah aku perlu layan kan perangai aku tu, dan mengharap orang lain boleh terima aku seadanya? Atau aku cuba mengawal dan mengubahnya.

Lu pikir lah sendiri.

"Aku memang pemarah, aku dilahirkan dengan sifat panas baran, aku tak boleh buat apa. Orang kena terima lah diri aku macam ni"

Hmm, kalau macam tu, suami kaki dera isteri kat rumah, bila kat mahkamah boleh cakap macam ni, menang tanpa bicara. 

Sama juga dengan mengemas dan menjadi pembersih.

Aku tak suka mengemas, tapi aku suka tengok benda yang kemas. Of cos lah kan.
*tapi apakan daya kau tak de maid.

Luls.

Jadi, sepanjang proses membesar, mak ayah kita ajar, kat sekolah belajar pasal agama dan kebersihan, masuk hostel, orang sekeliling, media sosial dan bacaan menjadi kan kita tahu apa yang tak baik,dan perlunya kita menjaga kebersihan.

Masalahnya, ialah MALAS.

Ada tak syarikat supplements buat pil RAJIN. Aku nak beli sekati.

Aku ada komitmen seharian kita. Bila balik rumah kau nak rehat. Lepas tu, aku fikir nanti dah kemas, motor balik. Nanti, aku sakit hati. 

Aku rasa masa mengemas dan membersih mengambil masa yang sangat lama. Itu membuatkan hari demi hari, kerak kotoran itu semakin banyak.

Ha, aku boleh senaraikan 1000 alasan untuk tidak mengemas

Mujur ada Hari Raya.

Barulah aku bergerak sikit nak buat aktiviti spring cleaning katanya.


Ini adalah cabarannya:
1. Kemas Rumah.
2. Jangan Membebel.
3. Jangan Marah.

Perkara-perkara yang selalu buat aku malaa untuk mengemas ialah;

BANYAK BARANG

Ini kes kemas barang yang bukan kau beli dan bukan kau punya. 
Kalau barang sendiri dia tak membebel macam ni... Kih kih kih (kes berkecuali) 

Banyak barang, tapi tak guna, nak buang sayang.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Aku kena simpan barang-barang tu, 
you know why.
Kalau tak perang akan berlaku. 



RUANG TERHAD

Comforter bantal selimut tak tahu nak bubuh mana.
Selalu yang aku nampak ialah orang akan tambah atau beli almari baru untuk menempatkan barang-barang yang tak muat.

Ada orang juga pernah kata, almari atau ruang akan menambah alasan kita untuk lebih banyak menyimpan barang.

Tiada yang salah atau silap. Hidup ini adalah pilihan.

Bila mana aku lebih suka mengurangkan barang, dan hanya simpan apa yang aku selalu atau akan guna, tapi hal ini tak boleh berlaku di sini.


Siapa sakit mata tengok aku lipat terutama yang hat warna merah tu dia memang sakit. Luls. 


Beg vacuum Daiso ni bolehlah membantu sikit, bagi asingkan mana yang satu kategori, dan jimatkan ruang sikit. 


Walaupun hujung-hujung, bocor rupanya beg ni... Hampeh. 



Ya tahu, bawah katil patut tak de barang. Tapi, sebab memang tak de tempat lagi aku nak campak barang. Tupperware gergasi putih ini, bolehlah buh barang yang kau sakit mata sangat dalam ni pastu sumbat bawah katil. Hat ni mak aku beli kat IKEA. Aku tengok shopee pun ada. Shopee apa je yang tak de? 

K, selesai buat masa sekarang. 

REKAAN DAN SUSUN ATUR YANG MENYUSAHKAN

Rekaan barang dan susunan perabot yang annoying membuat aku rasa nak jual semua perabot. 
Nak bagi lapang. 
Tak nak ada carpet. 
Tak nak ada  hiasan yang berukir. 

Sebelum dibersihkan. 

Rekaan tempat ubat nyamuk ni misalnya.

Nampak tak perbezaan antara dua tempat ubat nyamuk ni? 

Kenapa ya perlu bersegi-segi, perlu complicated dengan ada celah-celah.
Tak nak bagi budak amik masuk mulut?
Menambahkan nilai aesthetic?

Well, whatever!
Yang penting dia menyusahkan untuk dibersihkan dan menjadi tempat untuk lebih banyak habuk berkumpul.


Selepas dibersihkan. 

Korang boleh nampak tak hasil pembersihan. Maklumlah, sejak aku lahir tak pernah bersihkan tempat ubat nyamuk. Design hat badan biru tu lebih bersih. Yang belah kanan tu, hmmm, susah gila nak bersih kan, pakai cotton bud, berus gigi, aku give up, malas layan.
Biaq pi dia situ. 

SERANGGA DAN HAIWAN

Haiwan ni didatangkan kat kita sama ada buat kita tambah pahala atau menambah dosa.

Hahaha

Kucing, semut cicak.  Aduhai... 
Rumah aku memang jadi tempat pembiakan diaorang.
Kerja aku memang memburu cicak waktu PKP.

Korang lepas tengok gambar-gambar aku amik ni mesti ingat aku tak senonohkan. 

Well, aku insan yang lemah, hanya mampu berserah 🎶 
Terima kasih Rohana Jalil. 


Inilah akibat simpan barang yang tak pakai.




Kesian bangkai cicak ni. 


Sampai kering kau kat situ. 




Selamat tinggal Cicak. 

MOTIVASI UNTUK MENGEMAS

Sebagai seorang yang tak dilahirkan mempunyai gene suka mengemas, aku perlu develop ya perasaan untuk mengemas. 
Sebab apa?
Sebab aku tak mampu nak hire orang. 

Kalau tak kau yang kena buat, siapa lagi nak buat?

Kang kalau ada orang datang tiba-tiba macam mana? 

Tak ke jatuh air muka kau sebagai anak dara paling kerlass saentero dunia. 

Hahaha

Apa sahaja yang membuat kau semangat. 
Well, kadang-kadang berkesan tapi biasanya, aku dah immune dengan kata-kata motivasi ini. Aku perlu kan dose yang lebih kuat. 

Tengok vlog cleaning motivation kat YouTube. Well, ini sebenarnya alasan kau nak bertangguh, tapi tak nak rasa bersalah sangat. 


Ini salah satu video yang mampu buat aku termotivasi. Sampai nak basuh pinggan pun kena tengok video cleaning motivation. 
Punyalah perangai.  

Aktiviti ni memang membuat fokus aku lari dari masalah dunia di sekeliling aku. 
Dengan menghadap skrin phone, aku boleh dapatkan pemandangan indah, bilik yang bersih, deko idaman, rumah cantik macam pakai interior designer, walhal kat tepi kau ialah baju tak berlipat dan bilik yang huru hara.

 

Kau bayang kan lah satu video dah berapa minit. Lepas tu motivasi kau tak sampai-sampai pun jugak. 
Haha. 

Okay, tak boleh jadi ni, maka kita perlu kan sedikit shopping!!! 

Kita perlu kan alat yang power yang memberi kau result yang power. 

Jadi aku pun tanya kawan-kawan aku yang pandai mengemas dan rajin. 




Sanggup beratur nak masuk Eco. 


Pencuci Eco yang botol coklat. Best buy kat Eco. Dah lah murah, power pulak tu. 

Kepuasan dia bila nampak buih-buih tu. Macam dia tengah bertindak lah.


Lumut kat porch kereta maklumlah rumah dah 28 tahun. Macam-macam masalah. 

Sebab dia agak keras, korang pakai lah pelindungan, kalau sayang kulit dan kesihatan yang berpanjangan. 

Selain tu, aku baru cuba guna campuran cuka, air, pelembut fabrik, untuk sembur semua permulaan meja meja dan perabot. 

PROSES PEMBERSIHAN SANGAT 
MEMENATKAN DAN TAKKAN PERNAH HABIS.

Lebih-lebih lagi rumah yang memang banyak simpan harta karun dan tuan harta karun dia berlainan. Jenis tak bagi usik barang dia, cakap semua barang tu berguna, tapi dah berapa keturunan tak guna pun. 

Memang tak game-game lah cerita dia. 

Buat sementara, boleh lah kau campak semua dalam stor. Lepas tu stor tu jadi tempat paling angker sekali. 

Jadi, sebab nak tengok stor tu pun takut, membayangkan banyak nya barang yang nak kena di Marie Kondo kan... 
Tak pelah, biar lah dia bersarang kat situ. 

Kita buatlah apa yang kita mampu. 
*urut bahu

Sebelum. 

Dah berzaman, baru rasa nak kikis cat. 
Aku pakai je apa yang aku nampak, ni pisau lama mak aku. Hehehe
Selama ni tak sakit mata pun tengok, bila semangat datang, amboi gigih kikis satu bilik. 

Selepas



Nampak mudah, tapi..... 
Huii, lenguh gila belakang badan dok kikis. Banyak pulak spot nya. Timbul pulak rasa menyesal bila dah mula tuh.

Bila dah ada momentum membersih tu dah membuak, sebolehnya jangan berhenti, sebab aku tahu, kalau berhenti hmmm lambettttt lagi lah dia nak mai semula. 



Walaupun, rasanya tak de ziarah hari Raya untuk tahun ni, kenalah juga mengemas kalau tak bila lagi, nak basuh segala sarung kusyen dan langsir tu. 

Mengemas dan membersih rumah ni punyalah penat, dah lah aku nak start punya susah. Nak sepah dia tak sampai nano second pun.


Meh, aku nak cerita sakitnya tuh di sini. 
Lepas kau mop lantai, air tumpiah, makanan jatuh kat lantai. 
Sebaik kau lap meja punya boekkk, lauk asam pedas tumpah atas meja, cicak berak. 
Sebaik je kau kemas rumah, orang selamba letak barang sepah-sepah. 

Kau rasa tak apa yang aku rasa?
Kalau tak rasa, memang korang jenis jiwa redha, berhati tulus.

Atau pun, 
Ko tak pernah mengemas. 
Kau lah yang tukang menyepah tu. 

Kalau kau manusia yang tak mengemas, jangan lah jadi  yang menyepah. 

Andai kau tahu penatnya mengemas. Tohhhhh..
*aku buat sepah tak pe


Hancur ya hati, ibarat pasu kaca terhempas, bila kau dah setting baik punya. 


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D