Monday, June 29, 2015

Deko bilik ala mewah tapi murah #bolehlah

As salam,


Leuls lels leulz adalah summary kepada tajuk entry setelah sekian lama beradu ke sendu ntah


Untuk pengetahuan anda kalaupun anda semua tak mahu, semenjak saya dilahirkan, saya tiada bilik sendiri.. bilik saya share semuanya... dengan mak, kakak, ngan kawan-kawan dalam dorm, kat matrik kat UiTM , bilik sewa semua share-share belaka.... itu menjadikan aku terlalu comfort untuk tidur di mana-mana. tak kisah pun , cuma aku teringin gak kadang-kadang ada bilik sendiri , 

Oleh itu,  hanya setelah aku mengambil master , semester kedua, umur 27 tahun, aku mintak bilik sorang kat KDSE... pencapaian terbesar kau lah kan, orang lain dah beli rumah sendiri dah..tak kisah lah nak..







Woohooo!!! Dengan pemandangan macam ni (pastikan tanpa beruk berkeliaran), aku sanggup beli bilik  5+ kangkang beruk lebar ni, kumpul duit , kalau UTM nak juallah kan...





Tak pelah kita sewa jelah RM4 sehari , nak dapat view ni #mudahpuashati





Gambar katil agak kemas semata-mata untuk diupload di instagram, selain dari itu,  haru biru... 





Meja sudah disediakan, tapi masih nak bawak meja , mak belikan untuk cucu dia, tapi anak dia yang rembat. Kita tak mahu membazir pergerakan ya, kalau rasa bosan 'belajar' diatas katil, kita boleh terus bergolek ke lantai , untuk berpindah duduk di lantai ala-ala Jepun , kita kena lah biasakan, takut terkahwin dengan orang Jepun, ceh, padahal sebab orang kampung, tak reti duk atas kerusi... lels




Sebab sudah tabiat bermastautin atas katil dan lantai, aku menjadikan meja belajar ini sebagai kitchen cabinet. Laci tu bila kita masuk dalam dia, boleh pergi terus ke Pavillion #Doraemonfans.
Bila aku tengok bilik orang lain punya meja, pehhhhhhh buku diaorang...


Kau rasa apa feeling aku, bila memula dapat bilik ni?

Gumbira?


Sebak, sedu, dan sendiri weh rasa dia...

Bilik sendiri, terasa sangat luas, dinding kosong, lantai simen, rasa macam kat penjara.. #haishmanusia

Tapi perasaan itu sebentar saja lorhh... aku kembali kepada tujuan asal, aku dan apa yang aku inginkan selama ni, bila aku ada bilik sendiri, nak buat sesuka hati 

antaranya  boleh $%#^#  ha?!!! 
Gunting rambut sendiri tak semena-mena, yelah kalau ada roommate tengok kau, tetiba depan cermin, pegang gunting, pastu kerat rambut ala psycho kat tv, tidak kah kau menjadi bahan ketakutan dia..

Padahal  stress rambut bermasalah, pastu kedekut nak bayar upah kat kedai, potong rambut , dahlah mahal, pastu bukan berubah pun jadi cantik .
Senang korang buat duit kan.. #salamramadanampunmaafdipinta



Tapi , bukan isu itu aku nak cerita, berbalik semula kepada pangkal tajuk

aku nak hias bilik aku ala-ala vogeh de vast

dan aku terinspirasi dengan hiasan bunga 3D kat dinding guna crepe paper atau tisu. Untuk
bagi lebih impak kepada hiasan bilik , kena main dengan dinding dan katil , sebab dia adalah tumpuan utama, sebab dia besarkan...huhu





Nampak macam real, dan ada class, compare kita dulu pakai kertas fluorescent , gunting-gunting tampal tuk keceriaan kelas ke dorm kan...





Girlcrush , Asma Nasaruddin , guna tisu Ikea , buat wall deco ni. source and original photo




Biasalah kan semangat setinggi langit, memula tengok gambar-gambar, macam kacang jek kan buat dia , bila tengok tutorial, gigih men google.. 






aku bayangkan nanti nak pilih warna-waarna bunga lebih kurang macam cadar aku, pastu pasang kat dinding, macam matchy matchy lah dengan bunga kat cadar, dia macam satu set dengan cadar, macam bunga-bunga tu terkeluar dari cadar.. #berapabanyakmacamdah



aku rasa ni mudah, jimat , tak banyak kerja, tapi tak terfikir nak buat




bercita-cita tinggi sangat kau kan nak buat menate ni , pastel colour , i loike




Lepas  tu nak buat burung-burung 3D ni


burung  terbang masuk  dari tingkap..


transform pulak jadi rama-rama


lepas tu bila dia melalui bunga-bunga mekar dia transform pulak jadi rama-rama warna warni...pastu keluar tingkap balik

sekeliling tu penuh dengan haiwan-haiwan berterbangan

Paham tak plan aku?  Gigihkan nak buat kan? kan? kan?
kemudian, satu ketika, bakal pengantin yang memang suka kerja-kerja kraf , si Ah beng, keluar pergi kedai pengantin lah dan akhirnya ke kegemaran ramai, Daiso Aeon Bukit Indah...

aku pun biasalah idea ada, daya tiada.. konon harap dia buatkan untuk aku... sekali jumpa benda alah ni


 


Fu.Ra.Wa-  Pe-Pa-. 
Saja jek nak tunjuk skill aku baca Katakana...blerghhh.. padahal dah baca bahasa Inggeris dulu, Flower Paper. Beli satu pek jek.. #jimatbukankedekut

dah siap lipat , dah siap ada dawai ikat, cuma tingal gunting hujung dia ikut suka, dan kembangkan dia.... Jepun selalu bagi solution untuk orang-orang bermasalah malas ni






source :google







not forever RM5 Daiso.. now, every item RM5.30  #yeahrightGST



beli pulak Menate (bukan steak menate ehh) ni .. beli satu pulak tu #jimatbukankedekut





rumput tiruan seqiempat tu pun beli.. satu #jimatbukankedekut




Yang potong cantik-cantik ni, Tubenglah yang buatnya



hermmm, boleh teka tak yang mana aku buat, yang mana Tubeng buat. Haha, korang rasa aku tambah tak dan buat tak seperti perancangan awal?




Ya, betul, sejemput bunga-bunga ini adalah seni.. tak perlu tambah lagi...
leulz 

Apa cerita ,burung hitam...kupu-kupu hitam ,Rama-rama sekeliling didinding, bunga penuh satu dinding tu ?

Oh, dia ada, orang lain tak nampak, kerana , ia perlukan imaginasi  untuk melihat semua itu..
Murahkan untuk menghias sebuah bilik? :P


#janganmakisayaplease #tajuktusajajek

md: ok semester dah habis, aku kena tanggal bunga tuh.. dan masuk dalam tong sampah...membazir betui, ishh..boleh buat makan.


md : Salam Ramadan dan selamat menghias bilik. 




No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D