INSTAGRAM

Saturday, August 21, 2010

kalau dah tua tu ngaku jelah

As salam,


bila aku pakai lipbalm(lip ice)

mak aku ko main , ingat aku pakai lipstick

bila aku beli wedges,

mak aku kate tingginye kasut

tapi,

kawan-kawan dan bebudak sekolah   dah bermake-up bagai, oghang pakai bedak pun tak rata lagi.

kawan-kawan dan  kekanak(sesuka hati jek kata ganda ko buat gni) pakai kasut tumit tinggi runcing tirus, kalau oghang pakai, sure kayek kuda hamil .(oke perumpaan ni, mak aku sgt suka , kat Cinta Kirana).


Ini menunjukkan kita takkan pernah tua di mata ibu bapa kita 


hakikatnya


bila pergi shopping complex (Plaza Angasana kesayangan ibu bapa dan rakyat Johor serta Singapura), semua jurujual panggil aku kakak, okey aku tak kisah, mungkin dia orang bebudak /kekanak baru habis sekolah atau kerja part time hujung minggu dan pandai bermake up dan berkasut tumit tinggi, runcing tirus kerja jadi jurujual.

bila kakak yang dah macam sudah beranak tiga , panggil saya, `awak' macam panggil kawan-kawan dia bukan dengan panggilan `adik' yang mungkin membuat aku angkut lagi banyak barang dia.
Okey, aku tak kisah. mungkin aku jek yang perasan.

bila aku beratur nak bayar kat belakang seorang ibu yang tengah dukung anak dia umur (3 tahun kot) , dan dia tanya dah habis belajar?, aku pun jawab (terdetik dalam hati ada jugak orang ingat aku baru habis belajar) , aku jawab , "ha, dah, baru habis." Lepas tu dia cakap, oh, saya baru nak start.
oh, okey, rupanya aku salah dengar.

Kemungkinan besar ini yang dia tanya, " Dah habis belanja?".


Jadi perlu ke aku rasa teruk bila umur macam ni, masih lagi pergi shopping complex dengan bapak aku, dan bapak aku yang bayar kat casher lepas aku pilih-pilih barang. Lepas tu orang kedai tengok macam pelik . Okay, mungkin aku yang perasan dan berburuk sangka.







baju raya tahun ni

Okay, mungkin ini adalah salah satu faktor yang aku perlu mengaku diri ni  tua.




Diri sudah tua, ajal makin menjelma, bertaubatlah sementara waktu masih ada, beribadatlah selagi masih daya, lihatlah selagi masih ada mata, jangan sampai Izrail sudah menyapa, segalanya sudah tidak berguna. Janganlah kisah sangat apa yang orang kata, baik kau manfaatkan bulan Ramadan yang mulia.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D