adakah anda tergolong dari spesis manusia berlagak?
kalau anda menjawab tidak,
sila teruskan bacaan kerana mungkin anda tidak sedar yang anda tergolong dari spesis ini.
ceh, intro memang sungguh tidak boleh diblahkan......
Kisah 2 orang kawan lama
2 orang kawan lama seorang doktor dan seorang nelayan, yang mana doktor tersebut nak seberang sungai guna sampan si nelayan.
Doktor : Awak tahu tentang ubat-ubatan dan kedoktoran?
Nelayan : Tidak
Doktor : Kalau begitu awak mesia-siakan separuh umur awak
Tak lama lepas tu, terjadinya badai yang menggoncangkan sampan mereka.
Nelayan : Apakah awak boleh berenang?
Doktor : Tidak
Nelayan : Kalau begitu awak telah mensia-siakan seluruh hidup awak.
Ye..tahu, ramai dah doktor yang tahu berenang macam Abang Mus...(ok, sile muntah kuning telur).. tapi kisah di atas boleh dijadikan pengajaran.
Walau apa pun tak boleh riak ye...
Saya rasa semua orang memang ada penyakit ni., ha termasuklah manusia yang menulis ni (penganggur pun boleh berlagak ke?)..huhu tak kisahlah ulamak ke, orang cun melecun ke, orang yang berkuasa ke apetah lagi orang kaya raya.
Orang berilmu juga tak terkecuali .....walaupun memang ilmu boleh mengatasi penyakit ni, sebab dieorang boleh berlagak dengan segala pengetahuan dia ada, tak kisah lah ilmu hisab ke, angkasaraya ke, komputer ke waima ilmu mengoreng telur pun
'' Orang berlimu akan dibawa pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka. Maka, keluarlah perut panjangnya. Lalu, ia mengelilingi perut panjang itu sebagai mana keldai mengelilingi tempat pengisar gandum. Maka berkumpullah penghuni neraka padanya seraya berkata:` Mengapa engkau begini?' Orang berilmu itu menjawab: "Adalah aku menyuruh dengan kebajikan dan tidak aku kerjakan. Aku melarang daripada kejahatan dan aku kerjakan kejahatan itu."
Hadis nabi: Rasullah S.A.W
Kiranya, kalau doktor tak kasi pesakit dia hisap rokok , tapi dia hisap rokok atau ayah tak kasi anak hisap rokok tapi dia hisap rokok, atau orang yang sibuk demonstrasi anti Amerika atau Isarel, tapi masih hisap rokok Winston . Atau penulis blog yang....
Eh, Apakah ?
Rokok dekat perkarangan Masjid *******
Kepada pelaku dosa besar juga kita tak boleh nak hina.
Tak kisahlah die perompak ke penzina ke, pembuang anak ke, memang tak boleh kita rasa diri kita lagi baik daripada orang tu. Sebab, mungkin orang tu akan bertaubat dan mendapat kesudahan yang baik.
Rasullullah S.A.W bersabda:
" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" ( Riwayat al-Tarmizi no.2693)
Sebab tak boleh riya`:
sifat iblis, ingat tak iblis yang taknak sujud pada nabi Adam sebab , dia dibuat dari api sedangkan nabi adam dari tanah.
Qarun, yang dibenamkan oleh Allah ke dalam bumi beserta harta-hartanya.
Umar ibn Aziz berkata ," Tidakkah seseorang itu berjalan ketika perutnya ada najis? Apakah dengan ini dia mahu menyombongkan diri?
Sumber :
- Cerita Doktor dan Nelayan dari buku 'Tersenyumlah', Dr. `Aidh Abdullah Al-Qarni , pengarang buku, 'Jangan Bersedih'.
- Solusi isu#21
kdg2 xsedar terberlagak sebab dah biase berlagak
ReplyDeletehahha....berlagak poyo-poyo kan....tu r cane tu..ingat nak gurau je kan
ReplyDeletesuruh org buat kebaikan tp diri sendiri x buat...namanye menempah AZAB....nauzubillah mintak dijauhkan
ReplyDeletetu r....kite manusia memg tak sempurna...saling mengingatkan..diri sendiri dan org lain....
ReplyDeletewow munir dah join nuffnang la hehe
ReplyDeletehahaha, dah lame nak buat, tapi asyik error jek...tapi tu r x de advertiser nak letak iklan ke kat aku nye blog haha...ape lagi klik2...huhu
ReplyDeletethumbs UP
ReplyDeletethanx..just wrote what I read..inspired from the author....
ReplyDelete